Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COC bimbang pelibatan badan amal dalam perniagaan

Pengawas badan-badan amal Singapura menimbulkan kebimbangan terhadap mereka yang menyertai kegiatan-kegiatan bukan amal, seperti menubuhkan perniagaan anak syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2019 08:23PM Dikemas Kini : 19 Jun 2019 12:42AM

SINGAPURA: Pengawas badan-badan amal Singapura menimbulkan kebimbangan terhadap mereka yang menyertai kegiatan-kegiatan bukan amal, seperti menubuhkan perniagaan anak syarikat.

Dalam laporan tahunan terkini, Pesuruhjaya Badan-Badan Amal (COC) menyatakan adalah penting kegiatan sebegitu tidak mengalihkan tumpuan badan-badan amal daripada tujuan amal.

Menurut COC, ia akan menyediakan lebih banyak panduan kepada badan-badan amal itu untuk menekankan tadbir urus yang diperlukan.

Dengan berbuat demikian, ia juga memastikan tadbir urus dalam bidang seperti konflik kepentingan tidak terlepas perhatian.

Langkah itu juga sebahagian daripada usaha yang akan diambil oleh COC bagi meningkatkan sektor amal dalam tahun akan datang.

Sebagai contoh, keperluan laporan akan dipermudahkan bagi badan-badan amal kecil supaya mereka dapat lebih menumpukan kepada kegiatan amal.

COC juga menggesa agar badan-badan amal pertengahan supaya mengikuti kursus-kursus yang bertujuan untuk mempertingkatkan daya pengeluaran dan kecekapan.

Sementara itu, laporan tahunan mendedahkan bahawa dana sebanyak $2.65 bilion secara keseluruhan dikumpul pada 2017, turun 7.3 peratus daripada $2.86 bilion pada tahun lalu.

Kumpulan-kumpulan agama seperti gereja dan kuil mengumpulkan sekitar $1 bilion daripada jumlah keseluruhan pada 2017.

Sumber : CNA/HA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan