Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Co-Pilot' dilancar bagi bantu kurang pelepasan gas karbon syarikat tempatan

Syarikat-syarikat tempatan kini boleh melanggani satu perkhidmatan bagi membantu mereka mengurangkan penggunaan daya tenaga dan pengeluaran karbon sebanyak 10 peratus, lantas menjimatkan kos.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2018 08:13PM Dikemas Kini : 22 Oct 2018 09:10PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat tempatan kini boleh melanggani satu perkhidmatan bagi membantu mereka mengurangkan penggunaan daya tenaga dan pengeluaran karbon sebanyak 10 peratus, lantas menjimatkan kos.

Khidmat "Co-Pilot Hub" yang dilancarkan siang tadi ditawarkan penyedia khidmat dan sofwe KBC.

Serupa dengan teknologi "mirroring", KBC membuat salinan digital loji sesebuah syarikat di wadah "cloud" yang selamat.

Ia kemudian menghasilkan pelan bagi membantu syarikat itu memaksimumkan penjimatan daya tenaga yang sebaliknya menjimatkan kos.

KBC menganggarkan sebuah loji penapisan minyak misalnya, boleh menjimatkan sehingga $30 juta setahun menerusi khidmat tersebut.

Lebih genting lagi, syarikat-syarikat boleh mengurangkan pengeluaran karbon kerana penggunaan daya tenaga yang lebih berkesan.

Di bawah Perjanjian Paris, Singapura mempunyai masa sehingga 2030 untuk mengurangkan pengeluaran karbon sebanyak 36 peratus daripada paras 2005.

Untuk itu, pemerintah sudah menyemak semula undang-undang. Misalnya, adalah wajib bagi perusahaan melaporkan pengeluaran karbon mulai 2021.

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan