Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CNB tahan 5 suspek, rampas dadah bernilai S$154,000

Empat lelaki dan seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam beberapa kesalahan dadah semasa serbuan-serbuan yang dijalankan pada Jumaat (11 Jan), menurut Biro Narkotik Pusat (CNB).

Anggaran Waktu Membaca:
CNB tahan 5 suspek, rampas dadah bernilai S$154,000

Dadah bernilai S$154,000 dan wang tunai dirampas semasa serbuan. (Gambar-Gambar: CNB)

Diterbitkan : 11 Jan 2019 09:06PM Dikemas Kini : 11 Jan 2019 09:08PM

SINGAPURA: Empat lelaki dan seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam beberapa kesalahan dadah semasa serbuan-serbuan yang dijalankan pada Jumaat (11 Jan), menurut Biro Narkotik Pusat (CNB).

Sekitar 1.83 kilogram dadah heroin, 243 gram Ice dan pelbagai jenis dadah lain yang dianggarkan bernilai kira-kira S$154,000 juga dirampas semasa operasi tersebut.

Seorang lelaki tanpa kerakyatan yang berusia 71 tahun serta seorang rakyat Singapura 58 tahun dan seorang warga Malaysia 36 tahun diberkas kerana disyaki mengedar dadah dekat Boon Lay Place, menurut kenyataan media CNB itu lagi.

Para pegawai Biro itu juga merampas sekitar 900 gram dadah heroin dan 140 gram Ice daripada rakyat Singapura berkenaan, serta wang tunai bernilai S$4,000 daripada warga Malaysia tersebut.

Mereka kemudian menyerbu apartmen-apartmen yang dimiliki kedua-dua suspek itu, yang terletak di Boon Lay dan Bukit Panjang.

Semasa serbuan itu, para pegawai menemui jumlah kecil dadah heroin serta peralatan dadah di kediaman rakyat Singapura berkenaan di Boon Lay.

Sejumlah kecil dadah heroin dan Ice serta 145 pil Erimin-5 dan 11 botol cecair yang dipercayai mengandungi metadon juga ditemui di tempat persembunyian lelaki berusia 71 tahun itu.

Para pegawai juga memberkas seorang lelaki, 60 tahun, di Telok Blangah dan seorang wanita, 60 tahun, di Bukit Batok dalam satu operasi susulan. Kedua-dua suspek dipercayai adalah rakan subahat lelaki berusia 71 tahun itu. Lebih banyak dadah ditemui di rumah masing-masing.

Siasatan terhadap kegiatan dadah suspek-suspek tersebut sedang dijalankan.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan