Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CNB manfaatkan teknologi, inovasi dalam memerangi gejala dadah

Rakyat Singapura masih sokong kuat agar penggunaan ganja terus dilarang di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Rakyat Singapura masih sokong kuat agar penggunaan ganja terus dilarang di negara ini.

Bagaimanapun, sokongan terhadap larangan ke atas ganja lebih rendah berbanding dadah jenis lain.

Tinjauan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mendapati 87 peratus mahu penggunaan ganja terus dilarang berbanding 97 peratus yang menyokong larangan terhadap dadah lain.

Di tengah-tengah meningkatnya penggunaan ganja dibenarkan di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Biro Narkotik Pusat (CNB) akan terus menggiatkan pendidikan dan penguatkuasaan menerusi teknologi dan inovasi.

KONGSI BAHAYA DADAH SAMBIL GUNTING RAMBUT

Encik Nor Muhammad Faiz Ismail, seorang penggunting rambut, menyertai kempen Dadah Itu Haram sejak setahun lalu.

Di bawah program itu, beliau dan rakan-rakan 'barbers' yang lain berkongsi bahaya dadah sambil menggunting rambut sekitar 600 pelanggan Melayu mereka setiap bulan.

"Saya akan membawa mereka kepada saluran-saluran yang betul menerusi ini kempen dan hotline-hotline yang kami ada untuk mendapatkan bantuan supaya mereka akan ke laluan yang betul dan menjadi insan yang baik dan mengikut undang-undang Singapura," katanya.

Selain Encik Faiz, beberapa relawan dan pegawai lain turut berkongsi usaha dan inovasi antidadah mereka di Seminar Pelan Kerja CNB.

USAHA DAN INOVASI ANTIDADAH

Antaranya, Sistem Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Bersepadu (IDEAS) yang memudahkan proses merekod pesalah dan jenis dadah yang digunakan dengan lebih sistematik dan cekap.

Selain itu, penggunaan teknologi maya juga akan diperkenalkan kepada anggota masyarakat khususnya kepada golongan muda yang lebih bersikap liberal terhadap dadah.

Menurut Menteri Undang-undang K Shanmugan, kesemua usaha dan rancangan yang dipertingkatkan itu adalah penting bagi memerangi maklumat salah tentang dadah.

Tinjauan MHA baru-baru ini mendapati bahawa 57 peratus mendapat maklumat berkaitan dengan penggunaan dadah daripada sumber media luar negara.

Namun begitu, 80 peratus golongan muda bersetuju pengambilan ganja menyalahi undang-undang.

Oleh itu, Encik Shanmugam menekankan langkah lebih ketat perlu terus dipertingkat bagi memastikan Singapura bebas daripada dadah.

Sumber : BERITA Mediacorp/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan