Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CNB berkas 4 suspek, rampas pelbagai dadah bernilai S$45,000

Empat orang diberkas dan pelbagai jenis dadah bernilai sekitar S$45,000 dirampas dalam tempoh dua hari minggu ini, menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Rabu (17 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
CNB berkas 4 suspek, rampas pelbagai dadah bernilai S$45,000

Antara dadah-dadah yang dirampas. (Gambar: CNB)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 09:15PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 01:05PM

SINGAPURA: Empat orang diberkas dan pelbagai jenis dadah bernilai sekitar S$45,000 dirampas dalam tempoh dua hari minggu ini, menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Rabu (17 Apr).

Dalam satu kenyataan media, CNB menyatakan ia memberkas seorang lelaki rakyat Singapura berusia 38 tahun, yang disyaki seorang pengedar dadah, di kawasan Woodlands Street 13 lewat Selasa.

Lelaki itu "bertindak kasar apabila ditangkap", menurut kenyataan itu.

Pihak berkuasa menyatakan suspek sebelum itu membuang sebuah beg, yang ditemui semula dan didapati mengandungi dua bungkusan Ice seberat sekitar 276 gram.

80 pil ecstasy, tiga pil Erimin-5 dan 2 gram Ice ditemui apabila rumah suspek di Teck Whye Avenue digeledah.

Sementara itu, sekumpulan lagi pegawai CNB memberkas suspek kedua, seorang lelaki warga Malaysia, di Pusat Pemeriksaan Woodlands. Wang tunai S$5,100 ditemui pada diri suspek, yang dipercayai telah berjumpa dengan suspek pertama di Woodlands.

Seorang wanita 21 tahun dan seorang lelaki 25 tahun, kedua-duanya warga Singapura ditangkap hasil siasatan lanjut. Wanita itu disyaki mempunyai hubungan dengan suspek pertama.

Pihak berkuasa memberkas pasangan itu di kawasan Temple Street pada pagi Rabu. Para pegawai turut menemui 1,212 gram ganja dan 80 pil ecstasy dalam kenderaan mereka.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan