Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CNA diiktiraf Saluran Terbaik tahun ini oleh Persatuan Penyiaran Antarabangsa

CNA diiktiraf sebagai Saluran Terbaik Tahun Ini oleh Association for International Broadcasting (AIB), persatuan perdagangan global bagi kewartawanan penyiaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Nov 2020 01:28PM Dikemas Kini : 17 Nov 2020 10:12PM

SINGAPURA: CNA diiktiraf sebagai Saluran Terbaik Tahun Ini oleh Association for International Broadcasting (AIB), persatuan perdagangan global bagi kewartawanan penyiaran.

Saluran itu menewaskan calon-calon lain, BBC News Persian, CNN International dan Iran International TV bagi anugerah tersebut, umum AIB yang berpangkalan di UK pada Jumaat (13 Nov).

Mengulas tentang kemenangan itu, AIB menarik perhatian kepada liputan CNA mengenai bantahan-bantahan di Hong Kong dan COVID-19 serta identiti kebudayaannya yang jelas sebagai sebuah jenama Asia.

"2020 bermula sebagai tahun yang sibuk bagi CNA yang membuat liputan tentang rusuhan di Hong Kong dan kesan hubungan dengan China secara global - satu perkembangan yang tentunya mereka ikuti dengan rapat," menurut AIB.

"Tugas CNA menjadi lebih berat apabila satu peristiwa sekali dalam seumur hidup melanda seluruh dunia. Bukan sahaja liputan tentang pandemik itu adalah cerita utama, ia juga menimbulkan cabaran besar kepada cara para penyiar bertugas."

Namun, saluran itu menyahut cabaran tersebut dengan liputannya tentang pandemik menjadi "satu lagi detik penentu" dalam sejarah CNA, menurut AIB.

"Mereka berada pada kedudukan baik untuk 'Memahami Asia' dan telah membuat liputan tentang perkembangan global, dengan perspektif Asia selama lebih daripada dua dekad," tambah persatuan itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan