Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Choa Chu Kang, Bukit Batok dan Yishun diberi pilihan tukar penyedia kuasa elektrik

Mulai hari ini (1 Nov), para penghuni rumah dan perniagaan di Singapura yang mempunyai poskod bermula daripada nombor 58 hingga 78 boleh memilih untuk menukar penyedia kuasa elektrik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Nov 2018 05:44PM Dikemas Kini : 01 Nov 2018 10:28PM

SINGAPURA: Mulai hari ini (1 Nov), para penghuni rumah dan perniagaan di Singapura yang mempunyai poskod bermula daripada nombor 58 hingga 78 boleh memilih untuk menukar penyedia kuasa elektrik.

Kawasan-kawasan tersebut termasuk Choa Chu Kang, Bukit Batok dan Yishun.

Mereka boleh memilih daripada 13 penyedia dan lebih banyak pelan harga.

Perubahan itu adalah di bawah pelancaran Pasaran Elektrik Terbuka di seluruh negara.

Pelancaran Pasaran Elektrik Terbuka di seluruh negara akan dilancarkan secara bertahap-tahap dalam empat peringkat mengikut nombor poskod.

Para pengguna di daerah Jurong diberi pilihan untuk menukar penyedia bekalan elektrik pada April lalu di bawah skim perintisnya.

Pilihan tersebut kini tersedia untuk isi rumah dan perniagaan dengan poskod bermula daripada nombor 58 hingga 78.

Mulai Januari depan, skim itu diluaskan kepada para pengguna di Hougang, Bishan, dan Ang Mo Kio.

Setelah itu, ia meliputi juga para pengguna di kawasan Timur seperti Tampines dan Bedok mulai bulan Mac.

Bagi mereka yang berada di bahagian selatan dan kawasan perniagaan pusat CBD, mereka perlu menunggu sehingga Mei tahun depan.

Para pengguna boleh memilih daripada dua pelan harga.

Satu daripadanya pelan harga tetap.

Di bawah satu pelan, para pengguna akan mendapat diskaun tetap daripada harga yang dikenakan kumpulan syarikat SP.

Namun, harganya akan berubah sejajar dengan apa yang dikenakan kumpulan SP yang disemak setiap tiga bulan tetapi kadar diskaunnya tidak berubah.  

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan