Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chingay paparkan kostum, perarakan warna-warni di Chinatown

Cahaya berwarna-warni menghiasi Chinatown pada Ahad (17 Feb) dalam perarakan Chingay yang diadakan bagi menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina.

Anggaran Waktu Membaca:
Chingay paparkan kostum, perarakan warna-warni di Chinatown

Cahaya berwarna-warni menghiasi Chinatown pada Ahad (17 Feb) dalam perarakan Chingay. (Gambar: Alif Amsyar)

Diterbitkan : 18 Feb 2019 01:49PM Dikemas Kini : 18 Feb 2019 01:56PM

SINGAPURA: Cahaya berwarna-warni menghiasi Chinatown pada Ahad (17 Feb) dalam perarakan Chingay yang diadakan bagi menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina.

Meskipun hujan renyai-renyai berlarutan hingga ke petang, para pengunjung terus berpusu-pusu ke kawasan Chinatown untuk menikmati acara-acara pesta yang diadakan.

Bagi pelajar Politeknik Ngee Ann Megan Chew, 17 tahun, perarakan tahun ini merupakan kali pertama beliau membuat persembahan di pentas terapung itu. Pada tahun-tahun sebelumnya, beliau membuat persembahan sebagai anggota perbarisan.

Pelajar, Megan Chew (kanan). (Gambar: Alif Amsyar)

Megan Chew (kanan). (Gambar: Alif Amsyar)

"Pentas terapung tahun ini juga di hadapan bahagian VIP, oleh itu bila kami berhenti untuk kontingen kami, kami berada di hadapan semua VIP. Ia memberi tekanan kepada kami tetapi ia satu tekanan yang baik," kata Cik Tang dengan penuh ghairah.

Perarakan Chingay itu yang merupakan satu sajian visual amat memukau turut menampilkan kenderaan berhias berbentuk Tongkang iaitu sebuah bot kayu yang lazim digunakan pada awal abad ke-19 oleh para pedagang maritim dan sebuah kenderaan berhias berbentuk gajah gergasi.

Malah, para peserta dari beberapa negara - termasuk Korea Selatan, China dan Kemboja menampilkan kostum dan prop menarik dalam persembahan jalanan dan perarakan kenderaan berhias tahunan yang terbesar di Asia itu.

Satu pertunjukan bunga api mengakhiri sambutan malam itu dan ramai pengunjung menggunakan kamera dan telefon bimbit masing-masing untuk merakamkan detik-detik penutup perarakan tersebut.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan