Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

China, ASEAN anjur latihan pertama bersama 6 hari

China dan negara-negara ASEAN buat julung-julung kalinya mengadakan latihan tentera bersama selama enam hari, dari hari ini (22 Okt) hingga Sabtu (27 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2018 06:23PM Dikemas Kini : 22 Oct 2018 09:10PM

SINGAPURA: China dan negara-negara ASEAN buat julung-julung kalinya mengadakan latihan tentera bersama selama enam hari, dari hari ini (22 Okt) hingga Sabtu (27 Okt).

Latihan itu diadakan di Laut China Selatan, di peraian Zhanjiang, wilayah Guangdong.

Persetujuan untuk mengadakan latihan bersama itu dicapai para menteri pertahanan ASEAN dan China pada Februari lalu sebagai usaha kedua-dua pihak untuk meredakan ketegangan di Laut China Selatan.

Sekitar 1,000 anggota tentera dan lapan buah kapal menyertai latihan itu.

Semasa melancarkan latihan itu, Panglima Angkatan Laut Singapura, Laksamana Lew Chuen Hong berkata, kemakmuran serantau dipengaruhi oleh kestabilan dan keamanan di lautan.

Latihan tentera itu bertujuan membantu membina kepercayaan dan keyakinan antara China dengan ASEAN.

Ini memandangkan China menuntut sebahagian besar perairan di Laut China Selatan, sementara beberapa negara anggota ASEAN termasuk Vietnam, Filipina, Brunei, turut menuntut hak ke atas beberapa kawasan yang dipertikaikan itu. 

Sumber : CNA/SS/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan