Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CHIJ Katong Convent beralih ke HBL setelah 2 pelajar diuji positif COVID-19

Pelajar di sekolah CHIJ Katong Convent menjalani pembelajaran di rumah sejak Khamis (22 Jul) setelah dua pelajarnya diuji positif COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
CHIJ Katong Convent beralih ke HBL setelah 2 pelajar diuji positif COVID-19

Sekolah CHIJ Katong Convent (Gambar: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 23 Jul 2021 09:21PM Dikemas Kini : 23 Jul 2021 09:24PM

SINGAPURA: Pelajar di sekolah CHIJ Katong Convent menjalani pembelajaran di rumah sejak Khamis (22 Jul) setelah dua pelajarnya diuji positif COVID-19.

Dalam surat kepada ibu bapa pada Rabu yang dilihat oleh Mediacorp, pengetua sekolah, Cik Patricia Chan, berkata seorang pelajar dari Kelas 304 disahkan positif COVID-19. Dia kali terakhir berada di sekolah pada Isnin dan dalam keadaan sihat.

Dalam satu lagi surat kepada ibu bapa pada Khamis, Cik Chan berkata seorang pelajar dari Kelas 402 juga disahkan positif COVID-19. Pelajar itu kali terakhir datang sekolah pada Isnin dan juga dalam keadaan sihat. Pelajar itu adalah anggota keluarga kes yang disahkan.

"Apa yang kami tahu, jangkitannya tidak berhubung kait dengan kes yang kami laporkan pada 21 Julai," kata Cik Chan dalam surat itu.

Kementerian Pendidikan telah mengesahkan kesahihan kedua-dua surat tersebut.

Ke itu dilaporkan setelah seorang pelajar di Sekolah Menengah CHIJ (Toa Payoh) sebelum ini diuji positif bagi koronavirus.

Dengan pelajar diletakkan di bawah pembelajaran di rumah, sekolah tersebut ditutup pada Khamis untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di premisnya.

Cik Chan menulis dalam surat keduanya bahawa pelajar Menengah 1 dan 2 kembali ke sekolah pada Jumaat. Pelajar Menengah 4 dan 5 pula akan kembali ke sekolah pada Isnin, sementara bagi pelajar Menengah 3 pada Rabu depan.

Para pelajar dan kakitangan yang merupakan kontak rapat kedua-dua pelajar tersebut telah dihubungi pihak sekolah, tambah pengetua itu.

"Kami akan berhubung lanjut dengan pelajar dan kakitangan tersebut setelah mendapat panduan lebih lanjut daripada Kementerian Kesihatan (MOH) jika pengesanan kontak diperlukan."

Dalam suratnya sebelum ini, Cik Chan berkata ibu bapa pelajar yang dikenal pasti sebagai kontak rapat akan menerima pemberitahuan SMS atau dihubungi secara langsung oleh MOH mengenai tindakan susulan yang harus mereka lakukan.

Beliau juga menekankan sekolah berkenaan akan terus melaksanakan langkah-langkah pengurusan selamat yang ketat.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan