Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chee Hong Tat: Peranan media kian penting dalam era berita palsu yang berleluasa

Pertubuhan-pertubuhan berita terus memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat yang boleh dipercayai kepada orang ramai dalam era di mana berita palsu berleluasa sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Feb 2018 08:26PM Dikemas Kini : 17 Feb 2018 12:41AM

SINGAPURA: Pertubuhan-pertubuhan berita terus memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat yang boleh dipercayai kepada orang ramai dalam era di mana berita palsu berleluasa sekarang.

Demikian menurut Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan, Chee Hong Tat, ketika mengunjungi para petugas penyiaran di kampus Mediacorp petang tadi (16 Feb).

Untuk kekal relevan dalam sekitaran operasi sekarang, Encik Chee berkata syarikat-syarikat media mesti terus melabur dalam menghasilkan kandungan rancangan yang bermutu.

Menurutnya lagi, ia juga boleh melampaui wadah-wadah tradisional dengan memanfaatkan saluran-saluran 'online'.

Strategi-strategi lain yang dapat diterapkan termasuk meningkatkan keupayaan dan mengasah bakat-bakat serta mengukuhkan kerjasama bagi mewujudkan lebih banyak peluang.

"Kolaborasi bukan sahaja terjalin dalam syarikat tetapi antara syarikat-syarikat media berlainan termasuk antara Mediacorp dengan SPH. Saya berpendapat dalam bidang-bidang tertentu, kita perlu kerjasama," kata Encik Chee.

"Kita juga perlu bekerjasama dengan syarikat bukan media - syarikat-syarikat teknologi dan gaya hidup kerana saya berpendapat ada banyak skop untuk memupuk kolaborasi ini bagi mengukuhkan cadangan nilai kita dan membolehkan syarikat-syarikat media mencatat prestasi baik," tambah beliau.

Semasa lawatannya ini, Encik Chee juga menyertai kakitangan bilik berita Cina untuk melambung makanan tradisional "yusheng".

Pada masa yang sama beliau juga mengingatkan orang ramai supaya makan secara sederhana dan memilih makanan yang lebih sihat. 

Sumber : CNA/RL/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan