Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Chatbot' bersuara huraikan 30% pertanyaan melalui talian MOE

Jumlah panggilan yang diuruskan oleh operator telefon Kementerian Pendidikan (MOE) adalah 30 peratus lebih rendah berbanding sebelum ini, dengan bantuan khidmat sembang atau 'chatbot' yang menjawab dan menghuraikan sebarang pertanyaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Apr 2019 08:46PM Dikemas Kini : 11 Apr 2019 08:51PM

SINGAPURA: Jumlah panggilan yang diuruskan oleh operator telefon Kementerian Pendidikan (MOE) adalah 30 peratus lebih rendah berbanding sebelum ini, dengan bantuan khidmat sembang atau 'chatbot' yang menjawab dan menghuraikan sebarang pertanyaan.

Ia memberi satu gambaran mengenai teknologi masa depan sedang Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) meninjau untuk melancarkan khidmat yang serupa di agensi-agensi lain.

Khidmat 'AskJamie Voice' adalah satu khidmat sembang yang diaktifkan oleh suara.

Buat masa ini, khidmat itu digunakan bagi pertanyaan tentang bonus bayi dan keputusan tentang sekolah menengah mana yang akan disertai para pelajar Darjah 6.

MOE menyatakan sejak bantuan itu disediakan pada November lalu, jumlah panggilan yang dijawab oleh para operator talian merosot sebanyak 30 peratus.

Secara keseluruhan, talian itu menerima sekitar 1,200 panggilan setiap bulan.

Mereka yang menggunakan teknologi itu mengatakan bahawa sebab utama khidmat itu digunakan adalah kerana prosesnya yang mudah. 

Sumber : CNA/RU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan