Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Changi kendalikan 51.2 juta penumpang dalam 10 bulan pertama tahun ini - naik 8.1%

Lapangan Terbang Changi mengendalikan lebih banyak penumpang pada bulan Oktober berbanding tahun sebelum ini, dengan penumpang dari kesemua rantau meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Nov 2017 01:30PM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 10:25PM

SINGAPURA: Lapangan Terbang Changi mengendalikan lebih banyak penumpang pada bulan Oktober berbanding tahun sebelum ini, dengan penumpang dari kesemua rantau meningkat.

Lapangan terbang itu digunakan 5.16 juta penumpang bulan lalu, satu kenaikan sebanyak 8.1 peratus berbanding Oktober tahun lalu, demikian menurut Changi Airport Group (CAG) dalam satu kenyataan hari ini (23 Nov).

Perangkaan ini juga lebih tinggi berbanding 4.93 juta penumpang yang melalui Singapura pada bulan September.

Di kalangan 10 pasaran terbesar buat Changi, kenaikan tertinggi dicatat oleh penumpang dari China, India, Thailand dan Vietnam, menurut kenyataan tersebut. Laluan bandar utama yang merakamkan pertumbuhan dua angka termasuklah Bangkok, Guangzhou, Penang, Phuket dan Taipei.

Changi juga menyatakan bahawa bilangan penumpang yang dikendalikannya bagi 10 bulan pertama 2017 meningkat 6.1 peratus kepada 51.2 juta. Ia menambah, lapangan terbang itu sedang menantikan kedatangan penumpang yang ke-60 juta bagi tahun ini, satu rekod yang pertama kali dicapai.

Pergerakan kapal terbang naik 3.7 peratus kepada 31,730 pendaratan dan pelepasan berbanding tempoh sama tahun lalu, sementara laluan pengangkutan udara tumbuh 5 peratus untuk mencapai 185,830 tan.

Lapangan Terbang Changi memenangi anugerah Lapangan Terbang CAPA Asia Tahun 2017 di Anugerah Kecemerlangan Penerbangan CAPA Asia tahun ini. Anugerah ini meraikan kecemerlangan strategiknya dalam industri penerbangan.

Ia juga diiktiraf bagi pembagunan Terminal 4 yang dibuka Oktober lalu, serta komitmennya untuk memperluas kapasiti menjelang dekad akan datang.

Lebih dari 100 penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Changi, menghubungkan Singapura dengan 380 bandar lain dari sekitar 90 negara dan kawasan.

Terdapat lebih dari 7,000 penerbangan berjadual setiap minggu, dan kapal terbang berlepas setiap 90 saat, tambah Changi.

Kelmarin (21 Nov), Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) mengumumkan pihaknya sedang membina menara digital bijak untuk diuji di Lapangan Terbang Changi bagi tempoh 22 bulan. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan