Chan Chun Sing tekankan kepentingan Pertahanan Mutlak
Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing menyentuh tentang pentingnya pertahanan mutlak di ceramah anjuran Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam.
SINGAPURA: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing menyentuh tentang pentingnya pertahanan mutlak di ceramah anjuran Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam.
Beliau berkata, ekonomi Singapura kini rancak dan fabrik sosialnya kukuh. Namun, semua ini boleh terlerai dengan para pemain luar menggunakan cara lebih canggih dan berbilang, demi kepentingan mereka.
Maka itu ujarnya pertahanan Singapura mesti terus berkembang, dengan banyak penekanan diberikan terhadap pertahanan digital serta sosial dan psikologi, demi memelihara perpaduan sosial dan kemantapan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.