Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chan Chun Sing seru kakitangan awam renung nilai teras perkhidmatan awam

Sempena bermulanya Minggu Perkhidmatan Awam hari ini (15 Jul), Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Chan Chun Sing menyeru kakitangan awam agar merenung semula nilai-nilai seperti Kewibaan, Perkhidmatan dan Kecemerlangan, yang menjadi teras Perkhidmatan Awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jul 2019 04:17PM Dikemas Kini : 15 Jul 2019 11:29PM

SINGAPURA: Sempena bermulanya Minggu Perkhidmatan Awam hari ini (15 Jul), Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Chan Chun Sing menyeru kakitangan awam agar merenung semula nilai-nilai seperti Kewibaan, Perkhidmatan dan Kecemerlangan, yang menjadi teras Perkhidmatan Awam.

Encik Chan turut menggariskan peri pentingnya Perkhidmatan Awam berfungsi sebagai satu pasukan supaya Singapura maju ke tahap lebih tinggi.

Tema Minggu Perkhidmatan Awam kali ini adalah "Transformasi bermula dengan I.D.E.A". Ia adalah ringkasan bagi usaha mewujudkan Inovasi, penggunaan Digital serta Mendekati, Menyesuaikan diri dan Tingkatkan kemahiran.

Lebih 500 kakitangan awam akan menghadiri satu jamuan ringan di Istana pada Selasa yang dihoskan Presiden Halimah Yacob sebagai mengiktiraf sumbangan mereka. 

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan