Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chan Chun Sing: ASEAN setuju muktamadkan RCEP tahun ini

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing mendedahkan bahawa negara-negara ASEAN bersetuju tentang perlunya memuktamadkan perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) tahun ini, menerusi catatannya di laman Facebook.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jun 2019 08:21PM Dikemas Kini : 23 Jun 2019 12:31AM

BANGKOK: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing mendedahkan bahawa negara-negara ASEAN bersetuju tentang perlunya memuktamadkan perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) tahun ini, menerusi catatannya di laman Facebook.

Encik Chan berada di Bangkok, Thailand, bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk menghadiri sidang puncak ASEAN ke-34.

Menurut Encik Chan, di tengah-tengah ketegangan perdagangan dan keadaan ekonomi yang tidak menentu, langkah untuk memuktamadkan RCEP dengan segera akan memberikan mesej yang jelas mengenai komitmen ASEAN untuk menegakkan sistem perdagangan global dan pelbagai hala.

Ia juga akan memberikan jaminan kepada masyarakat perniagaan.

Jika perjanjian antara negara-negara anggota ASEAN dan enam rakan perdagangan termasuk China dan India berjaya dimeterai, RCEP akan manjadi perjanjian perdagangan terbesar dunia. 

Sumber : CNA/NF/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan