Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chan Chun Sing anjurkan Afrika guna S'pura untuk teroka pasaran Asia

Syarikat-syarikat dari Afrika boleh menggunakan Singapura bagi meneroka pasaran seluruh Asia. Demikian dianjurkan Menteri Perusahaan dan Perdagangan di Forum Perniagaan Afrika Singapura pada Selasa (28 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Aug 2018 10:37PM Dikemas Kini : 28 Aug 2018 10:42PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat dari Afrika boleh menggunakan Singapura bagi meneroka pasaran seluruh Asia. Demikian dianjurkan Menteri Perusahaan dan Perdagangan di Forum Perniagaan Afrika Singapura pada Selasa (28 Ogos).

Forum tersebut bertujuan menggalakkan perdagangan dan perniagaan antara Afrika dengan Asia.

Dalam ucapan pembukaan, Encik Chan Chun Sing menekankan pentingnya integrasi dan kerjasama ekonomi di tengah-tengah ketegangan dan amalan perlindungan dagangan.

Lantaran itu beliau menggalakkan para peniaga Afrika melibatkan Singapura sebagai rakan kongsi untuk meneroka pasaran Asia dan Asia Tenggara.

Perangkaan rasmi menunjukkan pelaburan langsung dari Afrika di Singapura bernilai $27.4 bilion pada 2016.

Di samping berusaha menarik lebih banyak pelaburan dari Afrika, Enterprise Singapore juga menyokong syarikat-syarikat Singapura meneroka pasaran di benua itu.

Sepanjang dua tahun lalu, ia membantu melancarkan pelaksanaan hampir 50 projek, 80 peratus daripadanya terdiri daripada syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME).

Semasa forum tersebut, Singapura dan Gabon memeterai Perjanjian Elak Cukai Berganda serta lima MOU dalam bidang digital, prasarana dan khidmat perniagaan.

Salah satunya - kerjasama antara syarikat analitik media Graymatics dan syarikat IT Crescentech untuk menyediakan huraian keselamatan dan pemantauan di Kenya, Afrika Selatan dan Nigeria.
 

Sumber : CNA/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan