Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CEO Razer ikrar S$10 juta untuk kembangkan e-sukan S'pura; sokong pasukan Sukan SEA

Syarikat permainan tempatan Razer akan melaburkan S$10 juta dalam tempoh 12 bulan mendatang untuk mengembangkan industri e-sukan dan permainan setempat, menurut CEO syarikat itu, Encik Tan Min-Liang.

Anggaran Waktu Membaca:
CEO Razer ikrar S$10 juta untuk kembangkan e-sukan S'pura; sokong pasukan Sukan SEA

Team Singapore antara yang sertai 'bootcamp' anjuran Razer baru-baru ini (Gambar: Razer)

Diterbitkan : 09 Sep 2019 03:54PM Dikemas Kini : 09 Sep 2019 04:01PM

SINGAPURA: Syarikat permainan tempatan Razer akan melaburkan S$10 juta dalam tempoh 12 bulan mendatang untuk mengembangkan industri e-sukan dan permainan setempat, menurut CEO syarikat itu, Encik Tan Min-Liang.

Dalam catatan Facebooknya pada Isnin (9 Sep), Encik Tan berkata beliau membaca komen Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berhubung usaha Pemerintah untuk menyokong permainan dan e-sukan di Singapura semasa berucap di Parlimen minggu lalu. Encik Tan berkata beliau ‘sangat menghargai’ sokongan yang dihulurkan sejak bertahun-tahun lamanya.

Beliau turut merujuk kepada pejabat syarikatnya yang kini menggajikan sekitar 500 kakitangan dan sebuah ibu pejabat Asia Tenggara yang sedang dibina di sini sebagai contoh komitmennya terhadap pembangunan Singapura dalam industri tersebut, meskipun beliau mengasaskan syarikat Razer di Amerika Syarikat.

Encik Tan berkata beliau berhasrat untuk "menyumbang semula dan melakukan lebih lagi bagi industri tersebut di Singapura" menyusuli komen Encik Chan.

Beliau mengikrarkan dana sebanyak S$10 juta sepanjang tempoh 12 bulan akan datang bagi kegiatan-kegiatan permainan dan e-sukan di Singapura. Ini termasuk menyokong pasukan-pasukan tempatan dan melabur dalam syarikat-syarikat sedemikian di sini atau yang diasaskan oleh rakyat Singapura.

Dana itu juga akan disalurkan demi menyokong pasukan Singapura yang akan bertanding di Sukan SEA tahun ini, di mana e-sukan disenaraikan sebagai salah satu sukan yang menawarkan pingat buat julung-julung kalinya, menurut CEO itu lagi.

"Kami adalah salah satu jenama terbesar dalam bidang e-sukan di dunia dan bagi saya sendiri sebagai seorang rakyat Singapura, saya teruja untuk menyumbang semula dan melakukan lebih banyak lagi untuk negara," tulis Encik Tan, yang menggesa rakyat Singapura yang mempunyai pemikiran yang sama supaya menghubunginya dan mengusahakannya bersama beliau.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan