Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CEO NEA Tan Meng Dui gantikan CEO HDB Cheong Koon Hean pada Februari

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) Tan Meng Dui akan menerajui Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada 26 Februari tahun depan, menggantikan Dr Cheong Koon Hean, yang akan menggundurkan diri pada 1 Januari 2021.

Anggaran Waktu Membaca:
CEO NEA Tan Meng Dui gantikan CEO HDB Cheong Koon Hean pada Februari

Dr Cheong Koon Hean (kiri) dan Encik Tan Meng Dui. (Gambar: HDB/MSE)

Diterbitkan : 30 Nov 2020 09:01PM Dikemas Kini : 30 Nov 2020 09:22PM

SINGAPURA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) Tan Meng Dui akan menerajui Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada 26 Februari tahun depan, menggantikan Dr Cheong Koon Hean, yang akan menggundurkan diri pada 1 Januari 2021.

Encik Fong Chun Wah, yang kini Timbalan CEO (Bangunan)HDB, akan dilantik sebagai pemangku CEO HDB dari 1 Jan hingga 25 Feb, kata HDB dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) dalam satu kenyataan media pada Isnin (30 Nov).

Dr Cheong menyandang jawatan CEO HDB sejak 2010.

"Dr Cheong memainkan peranan penting dalam melakar dan menyemak dasar serta program perumahan dan bangunan, bagi memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat Singapura yang berbah-ubah selain memupuk ikatan masyarakat," kata HDB dan MND.

Beliau juga memimpin inisiatif untuk memperluas pilihan perumahan kepada keluarga berpendapatan rendah dan meningkatkan geran perumahan bagi pemilik kali pertama, tambah agensi itu.

"Di bawah kepemimpinannya, HDB meningkatkan kemampuannya untuk memenuhi permintaan perumahan sambil memastikan mutu dan pembangunan berkekalan," kata HDB dan MND.

Pengganti beliau, Encik Tan Meng Dui menyandang jawatan CEO NEA sejak Oktober 2018.

"Di bawah bimbingan Encik Tan, NEA memimpin tindak balas nasional terhadap kejadian jerebu pada tahun 2019 dan mengendalikan penularan denggi pada tahun 2020," kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE).

Beliau juga memainkan peranan penting dalam usaha memerangi COVID-19 termasuk memantau usaha membasmi kuman dan melaksanakan pengurusan jarak selamat.

Encik Luke Goh, yang pada masa ini bertugas sebagai Timbalan Setiausaha (Perdagangan) di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) akan mengambil alih jawatan CEO NEA mulai 26 Feb.

Beliau pernah memegang jawatan di Kementerian Kesihatan dan Penguasa Kewangan Singapura.  

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan