Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CEO Hyflux Olivia Lum, lembaga tawar serah kepentingan syarikat kepada pemegang saham lain

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan anggota lembaga syarikat rawatan air Hyflux akan mengagihkan kesemua kepentingan dan sekuriti masing-masing dalam syarikat tersebut kepada para pemegang saham yang lain.

Anggaran Waktu Membaca:
CEO Hyflux Olivia Lum, lembaga tawar serah kepentingan syarikat kepada pemegang saham lain

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 16 Feb 2019 01:12PM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 01:14PM

SINGAPURA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan anggota lembaga syarikat rawatan air Hyflux akan mengagihkan kesemua kepentingan dan sekuriti masing-masing dalam syarikat tersebut kepada para pemegang saham yang lain.

Dalam stau kenyataan media pada Sabtu (16 Feb), syarikat tersebut menyatakan bahawa Cik Olivia Lum dan para pengarah lembaga itu "berniat untuk menyumbang kepentingan mereka dalam Hyflux, dan kesemua hak sebagai pemegang saham keutamaan (PNP) dan sekuriti modal" di bawah rancangan penyusunan semula yang disarankan, akan diagihkan kepada para pemegang saham yang lain.

Menurut kenyataan itu, kesemua kepentingan Cik Lim bernilai 267 juta saham Hyflux dan sekuriti.

Pengumuman itu menyusuli pengeluaran jawapan sepanjang 18 muka surat kepada Persatuan Pelabur Sekuriti Singapura (SIAS), yang pada Isnin mengemukakan lebih 40 soalan, antara lain, "gaji besar" yang dinikmati oleh Cik Lum meskipun syarikat itu sedang dilanda masalah kewangan.

Dalam satu kenyataan media baru-baru ini, Cik Lum berkata bahawa beliau menubuhkan Hyflux sekitar 30 tahun lalu dan keadaan pada masa kini adalah "sesuatu yang tidak pernah beliau bayangkan mahupun sesuatu yang beliau pernah inginkan".

Pengarah bebas, Encik Teo Kiang Kok berkata: "Kesemua lembaga berasa sedih terhadap keadaan Hyflux pada masa ini. Kami mengongsi keperitan para pemegang berhubung saham keutamaan dan sekuriti-sekuriti, dan kami menyokong Cik Lum dan mengikut serta untuk menyumbang saham-saham kami dalam Hyflux kepada PNP.

"Kami amat bersyukur atas kepimpinan Cik Lum dan berterima kasih kerana beliau menawarkan untuk menyerah segala kepentingannya dalam syarikat kepada PNP."

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan