Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cenderamata ini bagi peringati peranan S'pura sebagai pengerusi ASEAN

2018 adalah tahun penting bagi Singapura apabila menjadi pengerusi ASEAN. Singapura akan menjadi tuan rumah kepada ribuan delegasi bagi pelbagai acara sepanjang tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Cenderamata ini bagi peringati peranan S'pura sebagai pengerusi ASEAN

(Gambar: Romeo Gacad/ AFP)

Diterbitkan : 28 Feb 2018 04:51PM Dikemas Kini : 28 Feb 2018 04:52PM

SINGAPURA: 2018 adalah tahun penting bagi Singapura apabila menjadi pengerusi ASEAN.

Singapura akan menjadi tuan rumah kepada ribuan delegasi bagi pelbagai acara sepanjang tahun ini.

Di tengah-tengah jadual yang padat itu, Sekretariat Penganjur ASEAN mengambil peluang untuk membawa pengalaman Singapura itu sendiri ke rantau ini.

Sebagai pengerusi ASEAN pada tahun 2018, Singapura akan menjadi tuan rumah kepada beberapa mesyuarat menteri ASEAN.

Penolong Kanan Pengarah sekretariat itu, Selina Newton bersama pasukannya berasa ini adalah peluang keemasan untuk menonjolkan jenama Singapura kepada rantau ini.

Cara terbaik untuk melakukannya, menurut mereka, adalah dengan menghadiahkannya terus kepada delegasi-delegasi yang datang ke negara ini.

"Dengan Singapura berperanan sebagai pengerusi ASEAN pada 2018, kami memutuskan untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Kebanyakan mesyuarat ini, lazimnya delegasi diberikan hanya satu benda sebagai cenderamata.

"Menyusuli saranan Menteri Negara Kanan Sim Ann, kami memutuskan untuk memberikan beberapa produk berlainan yang menonjolkan jati diri rakyat Singapura. Produk-produk itu direka oleh bakat-bakat tempatan dan ia memaparkan warisan serta ciri-ciri tempatan," kata Cik Selina.

Produk-produk itu termasuk makanan, karya seni, gajet teknologi dan banyak lagi.

Cik Selina menambah: "Kebanyakannya masih dijual hanya di Singapura. Namun jika ia menembusi pasaran ASEAN yang lebih besar, jenamanya akan dikenali di peringkat antarabangsa. Penduduk ASEAN mencecah 620 juta orang - ternyata ini pasaran yang besar menjual (produk)."

Antara syarikat tempatan yang diberi peluang untuk merebut peluang didedahkan di rantau ini adalah jenama perabot dan peralatan rumah, Scene Shang.

Karya-karya tiga dimensi (3D) rumah-rumah warisan yang dihasilkan syarikat itu akan dijadikan salah satu tanda mata.

Menurut salah seorang pengasas Scene Shang, Pamela Ting, tanda mata itu adalah karya bapanya, Arthur P.Y Ting. Ia diilhamkan daripada seni bina rumah-rumah Peranakan di Asia Tenggara dan Singapura.

Tambah menarik lagi, tanda mata itu disertakan dengan mesej yang tertera dalam bahasa Mandarin yang bermaksud: "Hidup dalam harmoni".

"Saya rasa ia amat sesuai untuk semua orang - dari keluarga hingga negara - untuk menjalin hubungan harmoni antara satu sama lain, untuk menghargai hubungan itu dan hidup dengan aman," kata Cik Ting.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan