Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CDC Timur Laut yang pertama sedia khidmat draf LPA

Para penduduk di CDC Timur Laut kini boleh menerima bantuan guaman untuk menyediakan draf Surat Kuasa Berkekalan (LPA) atau wasiat pada harga yang murah ataupun percuma.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Oct 2018 09:07PM Dikemas Kini : 21 Oct 2018 11:32PM

SINGAPURA: Para penduduk di CDC Timur Laut kini boleh menerima bantuan guaman untuk menyediakan draf Surat Kuasa Berkekalan (LPA) atau wasiat pada harga yang murah ataupun percuma.

CDC itu yang pertama menyediakan khidmat sedemikian dan disediakan di tengah-tengah jumlah permohonan LPA yang naik mendadak.

Sekitar 2,000 permohonan LPA dibuat pada setiap bulan dari Januari hingga Julai tahun ini berbanding hanya sekitar 900 pada tempoh yang sama setiap bulan tahun lalu.

Para penduduk CDC Timur Laut boleh menulis wasiat mereka atau membuat Borang 1 LPA pada harga yang murah ataupun percuma, bergantung kepada pendapatan masing-masing.

Buat masa ini, kos untuk menulis wasiat adalah antara $500 hingga $3,000 dan bagi Borang 1 LPA pula, ia boleh menelan belanja sehingga $500.

Mereka yang ingin mendapatkan bantuan guaman ini boleh ke pejabat CDC Timur Laut yang terletak di Hab Tampines Kita pada setiap Jumaat mulai 9 November.

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan