Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CDC Barat Laut agih baucar S$25 beli lampu LED jimat tenaga

Sekitar 14,000 flat satu dan dua bilik di CDC Barat Laut akan menerima baucar $25 bagi mendapatkan bal lampu LED yang jimat tenaga. Usaha itu bertujuan menggalakkan para penduduk menjadi lebih peka terhadap sekitaran mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jan 2019 09:16PM Dikemas Kini : 12 Jan 2019 11:42PM

SINGAPURA: Sekitar 14,000 flat satu dan dua bilik di CDC Barat Laut akan menerima baucar $25 bagi mendapatkan bal lampu LED yang jimat tenaga. Usaha itu bertujuan menggalakkan para penduduk menjadi lebih peka terhadap sekitaran mereka.

Perkara ini diumumkan semasa pelancaran acara tahunan WeCare@ NorthWest siang tadi (12 Okt).

Semasa acara itu juga, sekitar 1,600 sukarelawan membahagi-bahagikan bungkusan yang mengandungi barang dapur kepada 6,500 keluarga kurang berkemampuan yang menetap di flat-flat sewa.

Para sukarelawan juga membantu dalam kerja-kerja pembersihan dan pembaikan kecil-kecilan, di samping berkongsi pelbagai amalan kehidupan mesra alam dengan para penduduk. 

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan