Images
  • pameran kerja

CDC Barat Daya lancar pameran SkillsFuture; lebih 1,000 kerja kosong ditawarkan

SINGAPORE: Pergerakan SkillsFuture bukan sahaja disasarkan kepada golongan muda tetapi juga membantu warga lebih berusia kekal relevan.

Untuk memberi bimbingan kepada golongan tersebut, Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) barat daya melancarkan pameran bergerak di beberapa kejiranan.

Para penduduk boleh mendapatkan bimbingan kerjaya, mencari maklumat mengenai kursus-kursus SkillsFuture serta mencuba sendiri pekerjaan-pekerjaan tertentu.

Sebanyak 28 syarikat menawarkan lebih 1,000 kerja kosong di pameran itu.  

- CNA/MM/sm

Top