Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CCCS jalankan 2 kajian bagi tingkatkan keupayaan pasaran

Suruhanjaya Persaingan Singapura yang dinamakan semula sebagai Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) pada 1 April lalu, akan menjalankan dua kajian pasaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Apr 2018 08:08PM Dikemas Kini : 09 Apr 2018 11:30PM

SINGAPURA: Suruhanjaya Persaingan Singapura yang dinamakan semula sebagai Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) pada 1 April lalu, akan menjalankan dua kajian pasaran.

Ia bertujuan meningkatkan keupayaan pasaran dengan mewujudkan peluang dan pilihan bagi perniagaan serta pengguna di negara ini. Persatuan Para Pengguna Singapura atau CASE akan tetap menjadi tumpuan bagi aduan-aduan terhadap para peruncit yang bermasalah.

Setiap tahun lebih 70% kes yang dikendalikan CASE berjaya dihuraikan menerusi perantaraan. Bagaimanapun, para peruncit yang terus melakukan amalan tidak adil akan dirujukkan kepada CCCS bagi siasatan lanjut.

CCCS akan juga bekerja rapat dengan pihak polis supaya kes-kes melibatkan kesalahan Kanun Jenayah seperti penipuan dapat ditangani dengan lancar.

Di majlis pelancarannya siang tadi (9 Apr), Menteri Negara Kanan Dr Koh Poh Koon berkata ia akan membolehkan para pengguna menikmati kepelbagaian barangan dan perkhidmatan. CCCS juga akan menjalankan dua kajian pasaran yang baru.

Selain kajian mengenai tempahan perjalanan secara online satu lagi kajian bersama akan dilakukan dengan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi.

Ia bagi meninjau perlindungan pengguna serta isu-isu persaingan dan perlindungan data peribadi yang mungkin timbul jika syarat pergerakan data diperkenalkan di Singapura.

Secara berasingan, CCCS sedang meninjau langkah-langkah sementara yang disarankan Uber serta Grab dan akan memberikan perkembangan terkini pada minggu ini.

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan