Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cawangan kedua A&W di S'pura dibuka pada Jun, sasar pasaran halal

Para pelanggan dengan sabar menanti giliran mereka untuk menjamu selera di restoran makanan segera A&W di Jewel - projek terbaru Lapangan Terbang Changi pada pagi Isnin (15 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Cawangan kedua A&W di S'pura dibuka pada Jun, sasar pasaran halal

Pengarah pemasaran dan perhubungan Antarabangsa A&W, Encik Kelvin Tan (kiri). (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 16 Apr 2019 11:22AM Dikemas Kini : 16 Apr 2019 11:26AM

SINGAPURA: Para pelanggan dengan sabar menanti giliran mereka untuk menjamu selera di restoran makanan segera A&W di Jewel - projek terbaru Lapangan Terbang Changi pada pagi Isnin (15 Apr).

Waktu operasi satu-satunya cawangan makanan segera A&W di Singapura itu belum lagi bermula tetapi sekurang-kurangnya 50 orang sudahpun beratur.

Penantian itu sudah menjangkau 16 tahun bagi ramai peminat setia A&W.

A&W - yang bermaksud Allen and Wright - dibuka buat julung-julung kalinya di Singapura pada 1966 di Dunearn Road manakala khidmat pandu lalu A&W pertama dibuka pada 1970 di Bukit Timah. Bagaimanapun, setelah berdekad-dekad dibuka di Singapura, cawangan makanan segera itu mengambil keputusan untuk menarik diri daripada pasaran pada 2003 dengan lima cawangan pada masa itu.

Kali ini, A&W akan terus kekal di Singapura, kata pengarah pemasaran dan perhubungan Antarabangsa A&W, Encik Kelvin Tan. Beliau juga mendedahkan bahawa tidak lama lagi, ia merancang untuk membuka cawangan kedua di Singapura.

Selain membuka cawangan-cawangan baru, A&W ingin menepati pelbagai segmen pasaran tempatan, kata Encik Tan. A&W berhasrat membuat permohonan bagi mendapatkan sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

"Masyarakat Islam membentuk sebahagian besar daripada perniagaan kami (dahulu) dan saya fikir sekarang, kami akan terus menghormati dan mengiktiraf bahawa pasaran tersebut amat penting bagi kami," kata Encik Tan.

"Dari mula lagi, sepanjang proses menghasilkan menu, kami ingin menjadikannya halal, tetapi kami mesti membuka restoran ini dahulu - kami sedang dalam proses - ini bermaka kami mempunyai niat membuat permohonan sijil halal kepada MUIS."

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan