Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cas basikal elektrik sebabkan kebakaran besar di rumah teres Sing Ave: SCDF

Kebakaran besar yang berlaku di sebuah rumah teres di Sing Avenue pada Jumaat malam (6 Jul), berpunca daripada basikal elektrik yang sedang dicas, menurut SCDF.

Anggaran Waktu Membaca:
Cas basikal elektrik sebabkan kebakaran besar di rumah teres Sing Ave: SCDF

Rumah teres di Sing Ave yang hangus dijilat api (Gambar: SCDF)

Diterbitkan : 08 Jul 2018 06:05PM Dikemas Kini : 08 Jul 2018 06:08PM

SINGAPURA: Kebakaran besar yang berlaku di sebuah rumah teres di Sing Avenue pada Jumaat malam (6 Jul), berpunca daripada basikal elektrik yang sedang dicas. Demikian menurut Pasukan Pertahanan Awam (SCDF).

SCDF mengingatkan orang ramai agar mengikuti panduan keselamatan ketika mengecas alat mobiliti peribadi (PMD).

Pada Jumaat, SCDF menyatakan pihaknya bertindak memadamkan kebakaran di sebuah rumah teres di 82 Sing Avenue pada sekitar 8.55 malam.

"Setibanya SCDF, api sudah marak dan merebak ke seluruh rumah itu. Para pegawai SCDF mengharungi bahang kebakaran dan bekerja keras untuk mencegahnya daripada merebak ke rumah-rumah bersebelahan" menurut catatan Facebook SCDF.

Tambahnya, semua penghuni rumah berkenaan berjaya keluar sebelum para pegawai bomba tiba, tambah SCDF lagi.

Kebakaran dikawal dengan menggunakan tujuh jet air pada sekitar 10 malam, dan tiada kecederaan dilaporkan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan