Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cara mengukuhkan institusi keluarga tema episod kedua Muhasabah Masyarakat Bersama Mufti, raih lebih 5,000 tontonan

Episod kedua rancangan Muhasabah Masyarakat Bersama Mufti (3M) yang ditayangkan online pada Sabtu (3 Okt) menarik lebih 5,000 tontonan, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu kenyataan media hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Oct 2020 05:09PM Dikemas Kini : 04 Oct 2020 08:49PM

SINGAPURA: Episod kedua rancangan Muhasabah Masyarakat Bersama Mufti (3M) yang ditayangkan online pada Sabtu (3 Okt) menarik lebih 5,000 tontonan, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu kenyataan media hari ini.

Bertemakan "It takes a village to raise a child" atau membesarkan seorang anak memerlukan usaha sama seluruh masyarakat, episod tersebut menampilkan Ustaz Nor Razak dari Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM) dan perunding pembangunan masyarakat dan kerja sosial, Encik Mohd Ali Mahmood.

Menurut MUIS, isu tersebut dibincangkan secara mendalam dengan tumpuan pada langkah-langkah mengukuhkan institusi keluarga. Ini termasuk mengimbangi tanggungjawab dan tugas-tugas dalam keluarga.

BANTUAN DAN CABARAN BAGI KELUARGA HARI INI

Memanfaatkan pengalaman lebih 20 tahun di ROMM, Ustaz Nor Razak menarik perhatian terhadap huraian dan sokongan yang ditawarkan kepada pasangan berumahtangga untuk mengharungi bahtera perkahwinan yang mungkin tidak ada pada masa dulu.

Beliau juga berkongsi cabaran yang lazim dihadapi pasangan masa kini, seperti membuat keputusan terburu-buru ekoran tekanan keluarga ke atas pasangan muda untuk berumahtangga.

Encik Mohd Ali pula berkongsi pandangan dari sudut pandangan sosial. Beliau menekankan pentingnya komunikasi dalam perkahwinan, dan bagaimana kurangnya perhubungan serta jangkaan tanggungjawab perkahwinan yang tidak dibentangkan dengan jelas boleh menimbulkan pergeseran di hari muka.

CABARAN MEMBESARKAN ANAK

Perbincangan panel itu, dengan Ustaz Zahid Zin sebagai moderatornya, turut mengupas topik hubungan keluarga dan membesarkan anak.

Antara intipati perbincangan itu adalah:

  • Mengatasi dan menyelesaikan cabaran masa lalu sebelum menggalas tanggungjawab baru, iaitu menimang cahaya mata
  • Menjadi peran contoh kepada anak, menunjukkan kepada mereka sebuah perkahwinan yang berjaya, secara tidak langsung mempengaruhi pilihan pasangan mereka dan pandangan tentang perkahwinan pada masa depan.
  • Menyampaikan keputusan yang dibuat sebagai pasangan yang bersatu padu untuk mengelakkan campurtangan ibu bapa yang boleh menyebabkan masalah lebih besar pada masa depan.
  • Pentingnya pengorbanan dan tolak ansur demi untuk memastikan unit keluarga kekal teguh.

Dalam sesi soal jawab pula, Ustaz Nor Razak menasihatkan ibu bapa supaya melibatkan anak kecil mereka dalam membuat keputusan bagi kegiatan keluarga. Beliau berkata, ini membolehkan anak-anak merasakan rasa pelibatan mereka dari segi fizikal dan emosi, lantas mempererat pertalian kekeluargaan.

Menutup tirai perbincangan, Encik Mohd Ali berkongsi tentang ciri keluarga yang ideal iaitu sifat ihsan dan mengasihi keluarga dengan mendalam selain menerima dan menyokong setiap anggota keluarga.

Perbincangan panel 3M pada Sabtu, dengan pendakwa bebas Ustaz Zahid Zin sebagai moderator, adalah episod kedua tahun ini yang mendalami lebih lanjut isu-isu berkaitan perkahwinan dan kekeluargaan, dengan episod pertama ditayangkan pada 26 September lalu. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan