Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Campur air kencing dalam makanan, minuman majikan, pembantu rumah dijel

Seorang pembantu rumah menyediakan hidangan nasi dan air yang dicampur dengan air kencingnya, air liur dan darah haid kepada keluarga majikannya, dengan harapan mereka lebih berlembut dan tidak memarahinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Campur air kencing dalam makanan, minuman majikan, pembantu rumah dijel

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 14 Jan 2020 09:47AM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 09:52AM

SINGAPURA: Seorang pembantu rumah menyediakan hidangan nasi dan air yang dicampur dengan air kencingnya, air liur dan darah haid kepada keluarga majikannya, dengan harapan mereka lebih berlembut dan tidak memarahinya.

Dia juga mencuri sebanyak S$13,300 dari peti simpanan majikannya antara Ogos 2017 hingga Jun 2018.

Diana 30 tahun, seorang warga Indonesia, pada Isnin (13 Jan) dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan dan tujuh minggu.

Mahkamah diberitahu bahawa pembantu rumah itu mula bekerja dengan keluarga tiga generasi itu pada 2017.

Sekitar Ogos 2019, dia mencampurkan air kencing, air liur dan darah haidnya ke dalam air di dalam cerek, kerana tahu keluarga itu akan meminumnya. Malah, mereka minum.

Dia percaya bahawa dengan berbuat demikian, "keluarga itu akan setuju dengan apa sahaja yang dilakukan si tertuduh dan tidak akan memarahinya berkenaan prestasi kerjanya," menurut Timbalan Pendakwa Raya Angela Ang.

Pembantu rumah itu juga mencuri daripada majikan yang sudah lanjut usia sekitar setahun sebelumnya.

Dia mencuri wang tunai sebanyak lima kali dan mendapatkan bantuan seorang wanita untuk mengirimkan wang tersebut kepada keluarganya di Indonesia.

Pembantu rumah tersebut kemudian mengaku perbuatannya dan keluarga itu membuat aduan polis pada Oktober 2019.

Pembantu rumah itu, yang tidak diwakili, memberitahu mahkamah menerusi seorang jurubahasa bahawa dia mengaku kesalahannya dan berkata dia seorang ibu tunggal.

"Saya hanya mempunyai seorang anak dan ibu saya sudah tua dan sakit," katanya. "Saya satu-satunya pencari nafkah. Saya ditahan selama dua bulan dan tidak boleh bekerja."

Dia menambah bahawa dia tidak melakukan sebarang kesalahan di Indonesia dan meminta maaf kepada majikannya "dari lubuk hatinya".

Dia memberitahu bahawa dia mencuri wang tersebut kerana keluarganya di Indonesia "mengalami kesulitan".

Atas kesalahan mencuri, dia boleh dijel sehingga tujuh tahun dan didenda.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan