Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Cakap Pasal Dikir' kupas seni dikir barat, ajak anak seni fikir hala tuju

Sekitar 110 peserta mengikuti forum dikir barat yang dianjurkan BERITAmediacorp bersama Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Sekitar 110 peserta mengikuti forum dikir barat yang dianjurkan BERITAmediacorp bersama Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

Forum "Cakap Pasal Dikir" adalah sebahagian usaha berterusan BERITA untuk mendampingi masyarakat melalui wadah perbincangan tentang isu-isu yang dekat di hati masyarakat Melayu/Islam.

Acara forum yang bertempat di The Pod, Perpustakaan Negara siang tadi (12 Jan), menarik peserta dari semua peringkat umur.

Forum selama tiga jam itu dibahagikan kepada dua sesi yang mengupas tentang landskap seni dikir barat Singapura dan hala tuju seni tradisional tempatan itu pada masa hadapan.

Yang pasti, usaha julung-julung kali BERITA ini berjaya menyatukan masyarakat seni dikir barat melalui sesi forum yang cukup bermanfaat.

Forum tersebut disertai ahli-ahli panel yang tidak asing lagi dalam persada seni dikir barat tempatan seperti Djohan Abdul Rahman.

"Forum hari ini memberikan satu wadah dan peluang untuk para pendikir dan orang-orang yang meminat seni dikir barat untuk datang dan mengemukakan apa yang tersemat di hati mereka," kata Djohan.

"Kita dapat mendengar pengalaman daripada ahli-ahli dikir barat generasi pertama seperti dari Cikgu Bobo, abang Akmal. Jadi mendengar pengalaman mereka bermanfaat untuk saya," kata seorang peserta forum, Encik Azhar Rahmat.

Bagi seorang lagi peserta, forum 'Cakap Pasal Dikir' juga mengajak anak-anak muda mengenali seni tradisional itu.

"Kami dapat berfikir dengan lebih luas, lebih-lebih lagi untuk anak muda, untuk bukan sekadar menonton sebuah persembahan dikir barat. Ia memang satu seni yang menghiburkan dan sedap didengar," kata Cik Sharifa Amalia Md Zainal.

Sebuah ruang yang mempamerkan bahan-bahan bacaan berkenaan kesenian rantau Melayu turut disediakan NLB bagi tatapan para peserta. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan