Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cacing dalam air paip? Mustahil, menurut PUB

Agensi air negara (PUB) menegaskan adalah mustahil cacing-cacing ditemui di dalam air paip. PUB menyatakan demikian semalam (21 Dis) bagi memberi jaminan kepada orang ramai mengenai mutu air minum di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Cacing dalam air paip? Mustahil, menurut PUB

Gambar fail air paip. (Gambar: Voishmel/AFP)

Diterbitkan : 22 Dec 2018 01:36PM Dikemas Kini : 22 Dec 2018 01:39PM

SINGAPURA: Agensi air negara (PUB) menegaskan adalah mustahil cacing-cacing ditemui di dalam air paip. PUB menyatakan demikian semalam (21 Dis) bagi memberi jaminan kepada orang ramai mengenai mutu air minum di Singapura.

Agensi air negara mengeluarkan kenyataan itu menyusuli laporan-laporan di mana seorang penduduk Ang Mo Kio mendakwa dia menjumpai seekor cacing di dalam air paip.

"Adalah mustahil cacing-cacing ditemui di dalam air paip," menurut PUB dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, sambil merujuk kepada "proses rawatan air yang rapi, berperingkat dan menyeluruh".

"Kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kami memastikan mutu air minum di Singapura berada di paras piawai yang tinggi."

Menurut PUB, apabila pihaknya dan Majlis Bandaran Ang Mo Kio memeriksa unit penduduk itu, mereka mendapati bahawa air dari paip-paip dalam unit tersebut serta tangki air dan sistem saluran air utama PUB adalah bersih dan jernih.

"Sampel-sampel air yang dikumpul dari pelbagai lokasi turut menunjukkan bahawa mutu air adalah memuaskan. Tiada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan terdapat cacing di semua saluran air, tangki air atau bilik pam," menurut PUB.

PUB menambah bahawa alat pengawal aliran air, dengan lubang-lubang kecil, dipasang pada paip air penduduk berkenaan. Oleh kerana saiz seekor cacing adalah lebih besar daripada alat tersebut, adalah mustahil untuk cacing itu melalui lubang tersebut.

PUB juga menarik perhatian kepada program pemantauan mutu air yang sudah dikuatkuasakan bagi memastikan ia "hanya menyediakan air minum yang bermutu dan bersih kepada semua pelanggan".

"Bekalan air disalurkan kepada para pelanggan menerusi sistem-sistem mampat. Bagi para penduduk yang tinggal di bangunan-bangunan tinggi, mereka menerima bekalan air daripada air yang dipam ke dalam tangki air paras tinggi yang ditutup dan dikunci dengan rapi," menurut PUB.

Oleh itu, tidak mungkin cacing-cacing dapat memasuki sistem-sistem yang mampat dan tertutup itu, atau dikesan di dalam air paip," tambahnya. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan