Cabaran Presiden: SingHealth catat rekod baru kumpul S$1.37 juta
SingHealth berjaya mengumpulkan lebih S$1.37 juta bagi Cabaran Presiden tahun ini, jumlah tertinggi sejak ia mula mengambil bahagian dalam kempen mengumpul dana itu pada 2004.
SINGAPURA: Persatuan Kebajikan Metta dan Rainbow Centre adalah antara lima badan yang bakal meraih manfaat daripada usaha mengumpul dana oleh kumpulan SingHealth.
Kelompok jagaan kesihatan itu berjaya mengumpulkan lebih S$1.37 juta bagi Cabaran Presiden tahun ini, jumlah tertinggi sejak ia mula mengambil bahagian dalam kempen mengumpul dana itu pada 2004.
Kegiatan mengumpul dananya yang terbesar berlangsung pada 13 dan 14 November.
Dalam acara larian berganti-ganti baton digital selama 24 jam, lebih 450 kakitangan SingHealth berlari sejauh 230 kilometer merentasi semua institusi dan poliklinik milik syarikat itu.
Ia turut dicatat dalam Buku Rekod Singapura sebagai larian berganti-ganti paling terpanjang.
Sebagai tanda penghargaan, Presiden Halimah Yacob menyampaikan cenderahati kepada setiap institusi SingHealth pada Jumaat (26 Nov) di Muzium Hospital Besar Singapura yang sudah diubah suai.
Presiden Halimah turut menyumbang baton Cabaran Presiden 2021 SingHealth untuk dimasukkan ke dalam kapsul masa digital yang baru dilancarkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.