Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cabaran Presiden dijangka capai sasaran kumpul S$12.5 juta

Cabaran Presiden tahun ini dijangka mencapai sasarannya untuk mengumpul S$12.5 juta sebelum akhir tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Nov 2020 09:33PM Dikemas Kini : 21 Nov 2020 12:16AM

SINGAPURA: Cabaran Presiden tahun ini dijangka mencapai sasarannya untuk mengumpul S$12.5 juta sebelum akhir tahun.

Derma yang dikumpul akan disalurkan kepada 72 badan amal dan agensi khidmat masyarakat.

64 pertubuhan dan penderma diiktiraf semasa Acara Penghargaan Cabaran Presiden hari ini (20 Nov).

Salah sebuah majikan yang mendapat pengiktirafan ialah Seoul Garden Group yang menggajikan pekerja-pekerja berkeperluan khas.

Pelajar-pelajar itu pula menghiasi kantung pelitup muka seperti yang diajar oleh kakitangan dan tenaga kerja sukarela yayasan dermawan CapitaLand.

Mediacorp juga membantu mengumpul lebih S$10.4 juta menerusi pertunjukan amal, President's Star Charity.

Presiden Halimah Yacob berkata Cabaran Presiden menyediakan wadah kepada orang ramai dan syarikat-syarikat untuk menabur bakti.

Sumber : CNA/ZM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan