Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cabaran keselamatan Apple susuli serangan Pegasus terhadap iPhone13 'tidak akan henti begitu saja'

Apple baru saja melancarkan model terbaru telefon pintarnya iPhone13 selain pelbagai produk lain.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Apple baru saja melancarkan model terbaru telefon pintarnya iPhone13 selain pelbagai produk lain.

Antara ciri-ciri baru didedahkan adalah kamera yang ditingkatkan, skrin lebih cerah dan keupayaan 5G yang diperluas.

Namun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Tim Cook turut membayangkan tentang pelbagai masalah yang dihadapi syarikatnya termasuk serangan 'spyware'.

Semalam Apple terpaksa melakukan pembaikan segera ekoran kelemahan yang membolehkan perisian risikan Pegasus menerobosi peranti Apple.

Sewaktu pelancarannya, CEO Apple Tim Cook mendakwa iPhone 13 itu adalah yang terbaik pernah dihasilkan.

Namun sebelum acara tersebut, beberapa masalah membabitkan salah satu syarikat paling berharga di dunia itu.

Antaranya isu keselamatan setelah perisian risikan Pegasus menggodam telefon bijak iPhone tanpa pengguna menekan pautan.

Seorang pakar keselamatan siber berkata, tindakan Apple menggesa para pengguna agar melakukan kemas kini.

"Sebab itu, Apple mesti mengeluarkan patches yang akan menghalang Pegasus daripada menjejas aplikasi dalam peranti Apple. Apabila patches itu sudah dipasang dan Pegasus cuba untuk mencari kelemahan di dalam peranti itu, ia takkan dapat lagi mencari kelemahan tersebut," terang Pengurus Kanan Keselamatan Siber Politeknik Ngee Ann Mohamed Saifulamri Omar.

Sofwe Pegasus keluaran syarikat NSO Group dari Israel itu dilaporkan digunakan untuk merisik para pejuang hak asasi manusia, wartawan dan pemimpin negara.

Menurut Encik Saifulamri cabaran keselamatan yang dihadapi syarikat Apple tidak akan berhenti di situ.

"Di dalam dunia keselamatan siber ini, ia selalunya seperti permainan kejar-mengejar. Tiap kali penjahat dapat mengatasi sesebuah aplikasi untuk digodam, syarikat teknologi akan cuba memperbaiki sistem mereka dan itu akan berlaku berulang kali, banyak kali, dalam dunia keselamatan siber ini bagaikan 'cat and mouse game', ia tidak akan ada kesudahannya," tambah beliau.

Apple juga telah menangguhkan rancangan untuk mengimbas peranti pelanggannya sebagai sebahagian dari langkah pencegahan penderaan seksual kanak-kanak.

Ini selepas para penyokong hak privasi menyatakan ia berisiko membuka pintu belakang untuk pengawasan pihak berkuasa.

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan