Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cabaran Kepelbagaian Bio dilancar, bentuk generasi pemimpin alam sekitar

Lebih 50 belia akan menyertai satu program untuk menangani isu-isu berkaitan interaksi antara manusia dengan haiwan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2018 08:54PM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 09:40PM

SINGAPURA: Lebih 50 belia akan menyertai satu program untuk menangani isu-isu berkaitan interaksi antara manusia dengan haiwan.

Inisiatif enam bulan Cabaran Kepelbagaian Bio dilancarkan hari ini (13 Jan) dengan sokongan Lembaga Taman Negara (NParks).

Menurut NParks, beberapa idea yang dijana semasa program itu boleh memainkan peranan dalam membentuk dasar-dasar awam pada masa depan.

Kumpulan-kumpulan alam sekitar tempatan percaya sudah tiba masanya untuk mendidik orang ramai cara menangani hidup-hidupan liar.

Ini menyusuli gambar-gambar memerang yang sering menjadi tular di media sosial baru-baru ini. Sementara itu, tahun lalu pula, terdapat beberapa laporan tentang serangan babi hutan.

Untuk mencapai matlamat tersebut, Cabaran Kepelbagaian Bio dilancarkan
bagi membentuk generasi baru pemimpin alam sekitar.

Menerusi inisiatif itu, para belia akan dapat belajar daripada pengurus-pengurus taman tentang cara menangani hidup-hidupan liar.

Para peserta juga akan melakukan projek-projek untuk melibatkan orang ramai tentang isu-isu yang melibatkan manusia dan haiwan liar.

Menurut NParks, beberapa idea yang ditimbulkan semasa program itu bahkan boleh digunakan sebagai panduan dalam perancangan dasar.

Ia juga boleh digunakan para pemaju dan pengurus hartanah untuk mengadakan protokol bagi membantu para penyewa menangani masalah berkaitan haiwan liar.

Menteri Kedua Pembangunan Negara, Desmond Lee, berkata hal itu penting dalam usaha Singapura mengimbangi antara perbandaran dengan melindungi alam semula jadinya.

Program tersebut akan memberi perhatian kepada lima jenis haiwan yang biasa kelihatan termasuk babi hutan, monyet dan penyu. 

Sumber : CNA/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan