Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cabaran industri basikal sewa S'pura

Perkembangan pesat industri khidmat basikal sewa di Singapura kelihatan sudah berlalu hari ini (13 Mac) iaitu tarikh akhir untuk Ofo mengalihkan kesemua basikalnya dari ruang awam. Mobike pula telah menyuarakan hasrat untuk menarik diri dari pasaran. 

Anggaran Waktu Membaca:
Cabaran industri basikal sewa S'pura

Tempat letak basikal. (Gambar: LTA)

Diterbitkan : 13 Mar 2019 09:46PM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 09:49PM

SINGAPURA: Perkembangan pesat industri khidmat basikal sewa di Singapura kelihatan sudah berlalu hari ini (13 Mac) iaitu tarikh akhir untuk Ofo mengalihkan kesemua basikalnya dari ruang awam. Mobike pula telah menyuarakan hasrat untuk menarik diri dari pasaran.

Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), kegagalan Ofo untuk berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan pengawalseliaan dikenakan termasuk pembatalan lesennya.

Para bekas pekerja syarikat itu memberitahu Mediacorp bahawa syarikat tersebut tidak lagi beroperasi kerana tidak lagi menggajikan sebarang kakitangan.

Sekiranya kedua-dua syarikat Ofo dan Mobike kehilangan lesen mereka untuk beroperasi di sini, hanya syarikat SG Bike saja yang mempunyai lesen penuh untuk terus menyediakan khidmat basikal sewa di Singapura.

Kemerosotan mendadak industri basikal sewa itu jauh berbeza dari titik permulaannya yang sangat memberangsangkan. Malah syarikat Ofo dan oBike berjaya untuk mengumpulkan berjuta-juta dolar daripada para pelabur dan berkembang pesat ke pasaran lain.

Namun demikian, isu-isu seperti basikal-basikal yang diletakkan sebarangan oleh para pengguna dan penyalahgunaan basikal-basikal itu menjejas perkembangan syarikat-syarikat tersebut.

Tambahan lagi penutupan syarikat oBike pada bulan Jun tahun lepas yang menyebabkan ramai pengguna di Singapura berebut untuk mendapatkan semula deposit mereka yang berlanjutan sehingga ke hari ini, turut mencemarkan lagi industri basikal sewa yang kian merosot itu. 

Sumber : CNA/IL/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan