Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CAAS siasat juruterbang SIA yang gagal ujian alkohol

Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) sedang menyiasat kes juruterbang Singapore Airlines (SIA) yang gagal ujian alkohol yang dijalankan secara rambang sebelum penerbangan ke Melbourne pada Sabtu (15 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
CAAS siasat juruterbang SIA yang gagal ujian alkohol

(Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 18 Sep 2018 12:39PM Dikemas Kini : 18 Sep 2018 12:43PM

SINGAPURA: Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) sedang menyiasat kes juruterbang Singapore Airlines (SIA) yang gagal ujian alkohol yang dijalankan secara rambang sebelum penerbangan ke Melbourne pada Sabtu (15 Sep).

Ini merupakan satu-satunya kes seumpama itu yang dilaporkan kepada CAAS dalam tempoh 10 tahun, menurut pihak berkuasa itu dalam responsnya kepada pertanyaan media hari ini (18 Sep).

Pengarah (layak terbang dan operasi penerbangan) CAAS, Alan Foo, berkata pada Selasa (18 Sep) bahawa pihaknya memandang serius terhadap insiden itu dan ia sedang menyiasat kes tersebut.

Encik Foo berkata: "Ini adalah satu-satunya kes yang dilaporkan kepada CAAS dalam tempoh 10 tahun."

Pada pagi Sabtu lalu (15 Sep), penerbangan SQ247 dari Melbourne ke Wellington terpaksa dibatalkan setelah juruterbang SIA berkenaan gagal ujian alkohol yang dijalankan oleh Penguasa Keselamatan Penerbangan Awam Australia ke atas semua anak kapal sebelum penerbangan tersebut.

Menurut jurucakap SIA, juruterbang itu "tidak lulus ujian tersebut kerana paras alkohol yang tinggi dalam tubuh berbanding paras yang dibenarkan" dan beliau digantung daripada semua operasi sedang siasatan dijalankan.

Encik Foo berkata pesalah boleh dikenakan denda S$100,000 dan/atau dijatuhi hukuman penjara tidak melebihi lima tahun, sambil menambah bahawa "setiap juruterbang bertanggungjawab memastikan bahawa beliau tidak melakukan kesalahan seumpama itu."

Menerangkan mengenai langkah-langkah yang harus diambil oleh syarikat-syarikat penerbangan pula, Encik Foo berkata pesawat-pesawat Singapura mesti memastikan anak kapal mengelakkan daripada meminum arak sekurang-kurangnya 8 jam sebelum penerbangan.

Beliau menambah bahawa para juruterbang dan anak kapal boleh membuat aduan kepada CAAS jika mereka mengesyaki ada anggota anak kapal di bawah pengaruh minuman keras atau bahan lain.

"Selain itu, para juruterbang yang berlesen di Singapura juga harus menjalani penilaian perubatan setiap tahun yang merangkumi penilaian terhadap minuman keras, selain ujian fizikal dan ujian perubatan yang biasanya dijalankan," kata Encik Foo.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan