Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Bungkusan mencurigakan' dihantar ke bilik berita The Straits Times

Sebuah "bungkusan yang mencurigakan" dihantar ke bilik berita The Straits Times, menurut akhbar itu hari ini (2 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
'Bungkusan mencurigakan' dihantar ke bilik berita The Straits Times

Bangunan Singapore Press Holdings yang terletak di 1000 Toa Payoh North. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 02 Nov 2018 08:25PM Dikemas Kini : 02 Nov 2018 08:27PM

SINGAPURA: Sebuah "bungkusan yang mencurigakan" dihantar ke bilik berita The Straits Times, menurut akhbar itu hari ini (2 Nov).

ST menyatakan bahawa tiga kakitangan berasa pening setelah menyentuh bungkusan itu, sambil menambah bahawa bungkusan itu dikirimkan dari luar negara.

Para pegawai polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dikerahkan ke bilik berita itu setelah dimaklumkan oleh para pegawai keselamatan di pusat berita Singapore Press Holdings, yang terletak di 1000 Toa Payoh North.

"Sebuah bungkusan yang mencurigakan dihantar ke bilik berita ST. Aduan polis sudah dibuat dan SCDF sedang menyiasat kes itu," kata Editor ST Warren Fernandez, seperti yang ditukil dalam laporan tersebut.

Mediacorp sudahpun menghubungi pihak polis dan SCDF bagi mendapatkan maklumat lanjut. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan