Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Buku panduan baru bantu syarikat integrasi pekerja berkeperluan khas

Satu panduan baru dilancarkan bagi membantu syarikat mengintegrasikan dengan lebih baik kakitangan yang berkeperluan khas. Bertajuk "The Job Redesign Guide for Inclusive Employers" buku setebal 29 muka surat itu menyediakan maklumat tentang pekerjaan yang dilakar semula dan cara melaksanakannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Buku panduan baru bantu syarikat integrasi pekerja berkeperluan khas

Menteri Negara Tenaga Manusia Zaqy Mohamad bersama para pengasas Foreword Cafe (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 17 Jun 2019 10:25PM Dikemas Kini : 17 Jun 2019 10:29PM

SINGAPURA: Satu panduan baru dilancarkan bagi membantu syarikat mengintegrasikan dengan lebih baik kakitangan yang berkeperluan khas.

Buku panduan bertajuk "The Job Redesign Guide for Inclusive Employers" atau Panduan Lakar Semula Pekerjaan bagi Majikan Inklusif, dibangunkan SG Enable dengan kerjasama Kementerian Tenaga Manusia. Setebal 29 muka surat ia menyediakan maklumat tentang pekerjaan yang dilakar semula dan cara melaksanakannya.

Sebagai contoh, pihak syarikat boleh mengatur semula tanggunjawab dan peranan, membuat perubahan pada proses atau aturan kerja, merubah ruang kerja atau memanfaatkan alat serta sofwe teknologi bantuan.

Pihak majikan boleh merujuk kepada sumber panduan tersebut bagi maklumat tentang geran-geran yang ditawarkan untuk menggajikan dan menyokong golongan berkeperluan khas. Antara daya usaha sedia ada termasuk Open Door Programme (Program Pintu Terbuka) dan Career Trial (Percubaan Kerjaya).

Buku panduan itu dilancarkan Menteri Negara Tenaga Manusia Zaqy Mohamad semasa beliau membuat lawatan ke perusahaan sosial Foreword Coffee pada Isnin (17 Jun).

Encik Zaqy menyifatkan pelancaran tersebut sebagai tepat pada masanya memandangkan Singapura sudah mencapai tahap kematangan yang membolehkannya membantu golongan berkeperluan khas mendapat pekerjaan yang baik.

"Saya berharap lebih ramai pelanggan, lebih ramai warga Singapura akan bersifat memahami semasa mereka melanggani perusahaan-perusahaan sebegini," kata Encik Zaqy. "Dan saya rasa lambat laun, kita perlu memberi mereka ruang untuk menjadi produktif namun pada masa yang sama menjaga kemaslahatan mereka juga."

Foreword Coffee adalah satu daripada empat perusahaan yang dipaparkan dalam buku panduan itu bagi amalan terbaik. 14 daripada 18 kakitangannya mempunyai keperluan khas.

Bagi mememenuhi pelbagai keperluan berbeza dalam kalangan kakitangannya, Foreword Coffee mengendalikan operasi kafe tersebut kepada empat stesen. Setiap tugasan di setiap stesen pula diberikan kepada kakitangan mengikut keupayaan berbeza-beza.

Menu juga dimudahkan - misalnya, Americano disenaraikan sebagai kopi hitam - bagi membantu kakitangan memahami dan memproses pesanan dengan lebih mudah.

"Kami ingin menjadikan aliran kerja secekap mungkin bagi para kakitangan. Kami dapat lihat mereka gembira bekerja dan masih boleh menjadi produktif menjalankan tugas masing-masing," kata pengasas Foreword Coffee, Encik Lim Wei Jie.

Tambah beliau, terdapat rancangan untuk melatih para pekerjanya untuk menggalas tanggunjawab lebih besar.

Sejak Januari 2016, sekitar 750 syarikat sudah menggajikan sekitar 2,000 individu berkeperluan khas.

"Ini sesuatu yang mempunyai potensi. Dengan adanya panduan ini, saya harap ia dapat berkembang lebih lanjut, kata Encik Zaqy. "Kementerian Tenaga Manusia amat menyokong SG Enable dan badan-badan lain untuk meneroka cara mengembangkan (daya usaha) ini dan menggalakkan lebih banyak syarikat menyertai skim-skim kami." 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan