Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Buku bergambar haji kumpul $30,000 untuk madrasah tempatan

Sebelum pelancaran rasminya esok (9 Mei), sebuah buku yang merakam perjalanan haji menerusi lensa kamera penerbitnya, Encik Affandi Salleh sudah berjaya mengumpul $30,000.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebelum pelancaran rasminya esok(9 Mei), sebuah buku yang merakam perjalanan haji menerusi lensa kamera penerbitnya, Encik Affandi Salleh sudah berjaya mengumpul $30,000.

Wang tersebut akan disalurkan kepada madrasah-madrasah tempatan bagi menyokong usaha pendidikan agama.

Sebagai pecinta fotografi, menerbitkan buku bergambar beliau sendiri merupakan antara impian Encik Affandi.

Bertajuk ‘A Trodden Path, A Pictorial Journey: Pilgrimage’, buku ini mengambil masa tujuh bulan untuk dihasilkan.

Encik Affandi berharap penjualan bukunya ini dapat menjana $100,000 bagi Wakaf Ilmu di bawah naungan MUIS.

Setiap buku dijual pada harga $120 dengan $100 disalurkan kepada madrasah-madrasah sepenuh masa dan sambilan.

$30,000 yang terkumpul sejauh ini akan disampaikan kepada Wakaf Ilmu di majlis pelancaran buku ini esok (10 Mei).

Buku ini boleh didapatkan dari Madrasah Al Arabiah Al Islamiah, Masjid Al Falah, Halijah Travels di Kandahar Street, Alchemy of Travel di Joo Chiat Road serta pusat-pusat latihan SSA Group.

Encik Affandi menambah beliau berharap sumbangan ini akan membantu madrasah-madrasah untuk melahirkan pemimpin-pemimpin Islam yang berwibawa, progresif dan bersikap toleransi dalam konteks masyarakat Islam di Singapura ini yang berbilang bangsa dan agama. 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan