Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Buku baru dilancar bantu murid prasekolah hargai identiti berbilang budaya

Sebuah buku untuk membantu kanak-kanak prasekolah menghargai identiti berbilang budaya negara ini dilancarkan hari ini (19 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Feb 2019 07:23PM Dikemas Kini : 19 Feb 2019 10:43PM

SINGAPURA: Sebuah buku untuk membantu kanak-kanak prasekolah menghargai identiti berbilang budaya negara ini dilancarkan hari ini (19 Feb).

Buku itu diterbitkan dalam empat bahasa rasmi Singapura.

Judul buku itu dalam bahasa Melayu "Mengambil Berat tentang Orang Lain'.

Buku setebal 21 muka surat itu akan membantu kanak-kanak menghargai bahasa-bahasa dan budaya berbeza yang ada di negara ini.

Ia bertujuan memupuk perpaduan sosial, satu aspek penting dalam Pertahanan Sosial yang merupakan antara enam tunggak Pertahanan Mutlak.

Sempena memperingati Hari Pertahanan Mutlak, Presiden Halimah Yacob membantu melancarkan buku itu.

Acara ini turut dihadiri para anggota veteran SAF.

225 murid prasekolah My First Skool di Jurong West menjadi kumpulan pertama mendapatkan buku tersebut.

My First Skool merancang membekalkan buku-buku itu kepada 141 pusat tajakanya di merata negara bulan depan.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan