Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Buku antidadah bagi kanak-kanak dilancarkan

Biro Narkotik Pusat (CNB) melancarkan sebuah buku tentang penyalahgunaan dadah hari ini (8 Dis), sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mendidik masyarakat tentang kesan berbahaya dadah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Dec 2018 09:21PM Dikemas Kini : 08 Dec 2018 09:26PM

SINGAPURA: Biro Narkotik Pusat (CNB) melancarkan sebuah buku tentang penyalahgunaan dadah hari ini (8 Dis), sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mendidik masyarakat tentang kesan berbahaya dadah.

Di acara pelancarannya,para peserta dihiburkan dengan sesi bercerita buku tersebut.

Berjudul "Captain Drug Buster vs Dr Wacko – The Final Showdown", buku tersebut disasarkan kepada para pelajar sekolah rendah dan mengisahkan tentang tekanan rakan sebaya serta keluarga.

Buku itu akan diletakkan di sekolah-sekolah, perpustakaan awam, serta golongan ibu bapa untuk memuat turunkannya.

Setiausaha Parlimen Kanan bagi Kementerian Dalam Negeri Amrin Amin berkata buku tersebit akan membantu dalam pendidikan antidadah di sekolah-sekolah.

"Ini adalah satu inisiatif yang penting di mana kita memberi pendidikan kepada anak muda kita dari kecil lagi semasa mereka di sekolah rendah dan juga prasekolah supaya mereka tahu^ tentang bahayanya dadah," kata Encik Amrin.

"Ini adalah satu buku di mana kita bertumpukan kepada anak-anak dengan gambar-gambar yang menarik dengan cerita-cerita anak-anak supaya mereka dapat tahu tentang bahayanya dadah." 

Sumber : CNA/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan