Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Budaya sokong misi kemanusiaan di luar negara sudah berdarah daging dalam masyarakat Singapura

"Ini sudah menjadi budaya Mat Motor. Apabila berlaku bencana, kami siap sedia untuk membantu".

Anggaran Waktu Membaca:
Budaya sokong misi kemanusiaan di luar negara sudah berdarah daging dalam masyarakat Singapura

Gempa bumi 6.9 pada skala Richter pada 5 Ogos menyebabkan kemusnahan besar di Lombok. (Gambar: Adek Berry/AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2018 09:57PM Dikemas Kini : 23 Sep 2018 12:27AM

BERITAmediacorp: "Ini sudah menjadi budaya Mat Motor. Apabila berlaku bencana, kami siap sedia untuk membantu".

Kata-kata ini diluahkan oleh Encik Ramle Ismail, anggota kumpulan motosikal Lionheart Singapore yang baru-baru ini berangkat ke Lombok bersama rakan Mat Motor beliau yang juga ahli silap mata Imran Mohamed Ishak untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa di pulau Indonesia itu.

Ucapan beliau itu sebenarnya menggambarkan sifat ihsan dan rahmah rakyat Singapura keseluruhannya.

BERITAmediacorp imbau kembali sumbangan masyarakat Melayu/Islam kepada mangsa gempa di Lombok.

PENGUMPULAN KHAS DI MASJID

Lebih S$300,000 berjaya dikumpulkan dalam acara pengumpulan khas selama seminggu menerusi Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).

Sebahagian jumlah yang terkumpul juga disalurkan bagi mangsa banjir di Laos.

SUMBANGAN MELIMPAH RUAH

Semangat dermawan masyarakat Islam di sini memang tidak dapat dinafikan.

Masjid Al-Istiqamah menerima sambutan luar jangkaan selepas BERITA membuat liputan usaha masjid di Serangoon North itu untuk membawa pakaian terpakai bagi mangsa gempa di Lombok.

MAIN SILAP MATA BANTU KANAK-KANAK TRAUMA

Kumpulan Mat Motor Lionheart Singapore tidak mahu ketinggalan untuk membuat sumbangan kepada para mangsa gempa di Lombok.

Kumpulan itu memilih untuk menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak yang masih berasa trauma.

"Ini sudah menjadi budaya Mat Motor. Apabila berlaku bencana, kami siap sedia untuk membantu,"kata Encik Ramle Ismail, anggota Lionheart Singapore.

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan