Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Budaya penjaja S'pura dipilih masuk dalam senarai UNESCO

Budaya penjaja Singapura dipilih masuk ke dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO, pada Rabu (16 Dis), menyertai warisan negara yang lain seperti makanan Perancis, urut tradisional Thai dan yoga.

Anggaran Waktu Membaca:
Budaya penjaja S'pura dipilih masuk dalam senarai UNESCO

(Gambar fail: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 16 Dec 2020 10:34PM Dikemas Kini : 16 Dec 2020 10:37PM

SINGAPURA: Budaya penjaja Singapura dipilih masuk ke dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO, pada Rabu (16 Dis), menyertai warisan negara yang lain seperti makanan Perancis, urut tradisional Thai dan yoga.

Penyenaraian itu diumumkan pada sesi ke-15 Jawatankuasa Antara Pemerintah bagi Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara yang diadakan di Paris pada minggu ini.

Pengiktirafan bertaraf dunia itu dicapai dua tahun selepas hasrat untuk mencalonkan budaya penjaja dalam senarai UNESCO diumumkan semasa rapat umum Hari Kebangsaan pada 2018.

Dokumen pencalonan diserahkan kepada UNESCO pada Mac tahun lalu.

Terdapat lebih 400 barangan dalam senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara bagi kemanusiaan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan