Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Budaya pelekat sosial yang satukan masyarakat S'pura

Budaya adalah 'pelekat sosial' yang menyatukan masyarakat berbilang budaya Singapura. Presiden Halimah Yacob berkata demikian semasa berucap di sambutan Tahun Baru Cina di Pusat Kebudayaan Cina pada Khamis (7 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Feb 2019 08:18PM Dikemas Kini : 07 Feb 2019 10:18PM

SINGAPURA: Budaya adalah 'pelekat sosial' yang menyatukan masyarakat berbilang budaya Singapura. Presiden Halimah Yacob berkata demikian semasa berucap di sambutan Tahun Baru Cina di Pusat Kebudayaan Cina pada Khamis (7 Feb).

Beliau menambah pusat itu bukan sahaja untuk masyarakat Cina, tetapi untuk semua rakyat Singapura. Ia juga akan melancarkan satu siri projek bagi memperingati ulang tahun Singapura yang ke-200.

Budaya Singapura menyatukan pengaruh pelbagai kaum dan sentiasa berubah, kata Presiden Halimah.

Para tetamu acara itu mungkin berasal daripada pelbagai kaum, namun mereka semua ada banyak persamaan.

"Misalnya, perkataan Cina 'Ba Sha' yang bermakna pasar dalam bahasa Mandarin, berasal dari perkataan Melayu 'Pasar'.

"Ada beberapa frasa yang bukan hanya terjemahan tetapi kombinasi pelbagai bahasa. Satu contoh adalah apabila menempah minuman di kedai kopi, teh tanpa gula dan susu dipanggil 'Teh O Kosong' dengan kombinasi perkataan Melayu 'Kosong' dan perkataan Hokkien 'Teh' dan 'O'," katanya.

Presiden Halimah menekankan penting untuk menggunakan cara-cara inovatif bagi menonjolkan budaya Singapura demi memupuk persefahaman dalam kalangan pelbagai masyarakat.

Pameran "New World, New Life" (Dunia Baru, Kehidupan Baru) adalah satu contoh yang memaparkan sumbangan para perintis Singapura dan bagaimana mereka membentuk pembangunan negara. Lebih 10,000 orang sudahpun mengunjungi pameran di Pusat Budaya Cina ini.

Persekutuan Persatuan Suku Kaum Cina Singapura juga akan melancarkan Jejak Warisan "Generasi yang membentuk Singapura", yang menampilkan mercu-mercu tanda ikonik wanita "Samsui" dan para pekerja buruh India.

Dengan penggunaan lebih banyak kandungan inklusif, Pusat Budaya Cina Singapura memastikan agar program-program yang ditawarkan difahami semua.

Pada bulan Oktober, pusat tersebut akan melancarkan pameran lima tahun bagi menonjolkan budaya Cina di Asia Tenggara. 

Sumber : CNA/AA/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan