Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Budaya Cina S'pura "pelbagai dan sentiasa berkembang", kata PM Lee

Budaya Cina Singapura "pelbagai dan sentiasa berkembang," kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis (6 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Budaya Cina S'pura "pelbagai dan sentiasa berkembang", kata PM Lee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong di jamuan malam sempena sambutan ulang tahun ke-95 Lianhe Zaobao.

Diterbitkan : 06 Sep 2018 09:47PM Dikemas Kini : 06 Sep 2018 09:53PM

SINGAPURA: Budaya Cina Singapura "pelbagai dan sentiasa berkembang," kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis (6 Sep).

Semasa berucap dalam bahasa Mandarin di jamuan malam sempena sambutan ulang tahun ke-95 Lianhe Zaobao, PM Lee berkata budaya adalah sesuatu yang dinamik dan adat resam serta warisan adalah sesuatu yang terkumpul dan diwarisi. Perkembangannya pula adalah sebagai respons kepada keadaan dan cabaran yang dihadapi.

Menurut PM Lee, ia bukan sesuatu yang mudah untuk diimbangi, lebih-lebih lagi dalam konteks Singapura yang berbilang budaya di mana budaya Cina "wujud bersama dan saling berkaitan dengan budaya kumpulan-kumpulan etnik yang lain".

"Sejak bertahun-tahun, kita mewujudkan variasi budaya Cina kita yang tersendiri, identiti yang bersesuaian dengan orang Cina Singapura, serta rakyat Singapura dari kaum lain," kata PM Lee.

"Walau apa pun kaumnya, kita adalah rakyat Singapura. Kita bangga dengan tradisi kita tetapi kita juga komited untuk membina masa depan yang dinamik di sini bersama rakyat Singapura yang lain."

Menurut PM Lee, penggalakan budaya Cina adalah satu tanggungjawab yang penting dan beliau berharap semua kumpulan Cina, termasuk Zaobao, akan bekerjasama untuk mewujudkan program-program yang menarik bagi memelihara dan melestarikan budaya Cina di sini.

"Ini akan mengukuhkan identiti nasional dan merangsang generasi muda untuk mendalami pemahaman mereka tentang budaya mereka sendiri dan mewariskannya kepada generasi seterusnya," kata PM Lee.

Sumber : CNA/AW/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan