Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Budak 5 tahun maut selepas jatuh 8 tingkat dari pejabat Woodlands

Seorang kanak-kanak lima tahun meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat lapan sebuah bangunan pejabat di Woodlands pada Sabtu (5 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Budak 5 tahun maut selepas jatuh 8 tingkat dari pejabat Woodlands

(Petikan skrin: Google Street View)

Diterbitkan : 06 Jan 2019 10:18PM Dikemas Kini : 06 Jan 2019 10:21PM

SINGAPURA: Seorang kanak-kanak lima tahun meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat lapan sebuah bangunan pejabat di Woodlands pada Sabtu (5 Jan).

Pihak berkuasa menyatakan ia dimaklumkan tentang kes jatuh dari tingkat tinggi di 11 Woodlands Close pada sekitar 9.00 malam.

Menurut polis, pihaknya menemui budak lelaki itu terlantar tanpa sebarang pergerakan di tapak blok itu dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.

Ibu bapa budak itu dipercayai meninggalkannya seorang diri di pejabat itu. Semasa mereka pulang ke tempat itu, pihak polis sudah tiba selepas dimaklumkan oleh orang awam.

Menurut laporan Saluran 8, budak itu disyaki cuba melarikan diri menerusi tingkap yang didapati ditolak sehingga buka.

Polis sedang menyiasat kes kematian luar biasa itu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan