Budak 13 tahun diserang dan dirompak di Buangkok Green; suspek ditangkap
Seorang lelaki berusia 46 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan sehingga mengakibatkan mangsanya cedera.
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 46 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan sehingga mengakibatkan mangsanya cedera.
Beliau dipercayai menampar budak 13 tahun dan mencuri telefon bimbitnya pada waktu senja kelmarin (9 Okt) di Buangkok Green.
Polis menyatakan ia menerima aduan tentang insiden itu pada Selasa dan memberkas suspek dalam tempoh 12 jam di Buangkok Crescent selepas menjalankan siasatan.
Suspek akan didakwa pada Jumaat (12 Okt) dan, jika sabit kesalahan, berdepan dengan hukuman penjara selama antara lima hingga 20 tahun dan disebat tidak kurang 12 kali.
Polis menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti menumpukan perhatian kepada persekitaran mereka, dan mengelak daripada memakai terlalu banyak barang kemas mahupun membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak di samping memastikan ditemani seseorang ketika pulang rumah pada lewat malam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.