Images
  • kolam air lower seletar
    Kolam Air Lower Seletar. (Gambar: PUB)

Buaya dilihat di Kolam Air Lower Seletar, semua kegiatan air digantung

SINGAPURA: Semua kegiatan air dan memancing digantung sehingga diberitahu kemudian selepas seekor buaya dilihat di kawasan itu pada Khamis (14 Feb).

Seorang kontraktor PUB ternampak reptilia itu pada sebelah pagi, menurut agensi air negara itu dalam catatan Facebooknya, sambil menambah bahawa ia akan bekerjasama dengan Lembaga Taman Negara untuk menangkap buaya itu.

"Demi keselamatan orang ramai, semua kegiatan air dan memancing di Kolam Air Lower Seletar digantung sehingga diberitahu kemudian," menurut PUB.

"Orang ramai dinasihati supaya berjaga-jaga dan tidak mendekati pinggir kolam air."

PUB juga menasihati orang ramai supaya tidak cemas dan perlahan-lahan berundur daripada tempat tersebut sekiranya berdepan dengan buaya tersebut.

"Anda tidak harus mendekati, melakukan provokasi, atau memberi makanan kepadanya," menurut PUB lagi, sambil menambah bahawa sesiapa yang berdepan dengan buaya itu diminta menghubungi PUB di talian 9632 3261. 

- CNA/AQ/aq

Top