Buaya dalam parit Sungei Kadut sudah ditangkap, dipindah
Seekor buaya yang ditemui dalam parit di Sungei Kadut Drive pada Jumaat (21 Jun) sudah ditangkap dan ia dipindahkan ke sebuah ladang buaya, menurut Lembaga Taman Negara (NParks).
SINGAPURA: Seekor buaya yang ditemui dalam parit di Sungei Kadut Drive pada Jumaat (21 Jun) sudah ditangkap dan ia dipindahkan ke sebuah ladang buaya, menurut Lembaga Taman Negara (NParks).
"Para pegawai NParks bekerjasama dengan kontraktor-kontraktor terlatih untuk menenangkan buaya itu. Ia sudah dipindahkan ke sebuah ladang buaya," menurut NParks dalam menjawab pertanyaan Mediacorp.
NParks dimaklumkan mengenai seekor buaya air masin (Estuarine) yang dikesan pada 8.20 pagi. Buaya itu dikesan oleh para pekerja di syarikat membancuh konkrit Star Ready Mix.
"Rakan-rakan kerja saya sedang meminum kopi atau memakan sarapan pagi apabila mereka ternampak buaya itu dalam parit. (Saya) tidak pasti bila buaya itu sampai di situ," kata Cik Jennifer Pong, 65 tahun, seorang pekerja pentadbiran.
"Kemudian polis (tiba) dan beberapa orang lain menjenguk-jenguk buaya itu," tambah Cik Pong.
Video yang dikongsi di Facebook menunjukkan buaya itu terbujur dalam parit sedang lima pekerja Star Ready Mix berpakaian seragam jingga memerhatikannya.
Gambar berasingan menunjukkan buaya itu diikat dan diletakkan di tepi jalan setelah ia dikeluarkan dari parit. Mulut buaya itu dibalut kain putih.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.